Aku Bukan Pengumpul Telur
Gambar Menteri Negara Kanan, Dr Amy Khor, berlatarbelakangkan tiga papan telur dipadamkan pada 11 April setelah pos Facebook itu menerima kecaman warganet.
MASAK BIHUN GORENG
Air tangan Dr Amy Khor.
Pada 10 April, Dr Khor mengongsi gambar dirinya memasak jamuan tengah hari.
Sumber: Mothership
Namun, para warganet lebih tertumpu pada bilangan telur yang dimiliki Dr Khor, yang kira-kira, mencapai jumlah 90 biji telur.
Gara-gara kritikan netizen, Dr Khor memadam pos tersebut pada pagi 11 April dan menggantikan ia dengan gambar baharu.
Masih memasak.
PENJELASAN DR AMY KHOR
Lantaran itu, pada petang 11 April, Dr Khor menjelaskan bahawa beliau bukanlah ‘pengumpul telur’.
SEMUA SIBUK BEKERJA
Disebabkan kerjaya masing-masing, keluarga beliau jarang mempunyai masa untuk ke pasar atau pasar raya.
“Keluarga saya besar dan kami cuma membeli barangan dapur seminggu sekali, atau kadang-kala, kurang dari itu.
“Semua ahli keluarga, kecuali emak saya yang berusia 90 tahun, bekerja.”
KELUARGA GEMAR MAKAN TELUR
Sumber: Wallpaper Flare
Tambah beliau, telur merupakan bahan penting dalam keluarganya.
“Emak, dua anak perempuan saya dan saya sendiri suka memasak dan membuat kuih.
Sumber: Food For Life TV
“Dalam setiap masakan emak saya, dia menggunakan telur sebagai bahan utama. Contohnya untuk memasak mi siam, lontong dan telur dadar (foo yong egg).
Sumber: Malaysian Chinese Kitchen
“Anak lelaki dan suami saya pula sering makan telur setengah masak,” kata Dr Khor, yang tinggal sebumbung bersama enam ahli keluarga.
KAWAN HADIAHKAN TELUR
Sumber: Vancouver Courier
Menurut Dr Khor lagi, rakannya, yang merupakan seorang petani, telah memberi keluarganya telur dan sayur-sayuran.
Pos asal
REAKSI WARGANET
Sumber: Pexels.com
Menyusuli penerangan Dr Khor, kebanyakan warganet ‘memaafkan’ dan bahkan, memahami situasi Dr Khor.
Akan tetapi, segelintir daripada mereka lebih terpegun dengan cara masakan Dr Khor yang tidak menggunakan api untuk memasak.
Ilmu hitam atau ala-ala induction cooker?
Dr Khor berharap penjelasan beliau tentang koleksi telurnya dapat menjawab persoalan warganet.
Luahan wartawan: Dia tak hoard. Dia legit makan telur. Family dia pun besar so masuk akal lah rumah dia ada banyak telur.
Tapi sebagai peringatan, NTUC Fairprice cuma benarkan setiap pelanggan untuk membeli satu papan of 30 eggs atau tiga papan of 10 eggs.
Sumber: Green Grocer
Ini boleh beli 1 tray jer
Sumber: Laidlers
Yang macam ni, boleh beli 3 tray.
Time-time gini, dinasihatkan untuk makan berpada-pada. Jangan ikut sedap tekak.
Comments