Aktiviti Buat Kek Meningkat, Banyak Barang Habis Dijual
Bekalan barangan keperluan kekurangan sejak pemutus litar diisytiharkan dan ini termasuk bahan membuat kuih.
Serbuk penaik, serbuk koko dan keju krim adalah diantara bahan-bahan yang sudah habis di kedai-kedai di seluruh Singapura. Rangkaian pasar raya juga sedang mencuba sedaya upaya menambah stok barangan untuk memadankan dengan permintaan ramai.
Namun begitu, pembekal mengatakan mereka mempunyai stok yang cukup. Tetapi mereka tidak dapat menampung permintaan pelanggan yang meningkat semenjak pemutus litar dan hari raya yang bakal menjelang.
Semenjak 27 April, Phoon Huat adalah antara kedai yang dikenakan sistem daftar SafeEntry, dan pembeli hanya dibenarkan masuk pada hari-hari tertentu mengikut nombor terakhir genap atau ganjil tertera pada kad pengenalan. Ini kerana kedai itu menjadi buruan penggemar membuat kuih.
Kedai itu juga mempunyai waktu operasi yang disingkatkan kerana kekurangan tenaga kakitangan oleh kerana peraturan pemutus litar.
Menurut jurucakap Phoon Huat, bekalan tepung dan gula masih ada, tetapi mereka sedang cuba sedaya upaya untuk meningkatkan kapasiti membungkus barangan yang lain.(seperti serbuk koko dan serbuk penaik)
“Saya hanya menggunakan Philadelphia kerana kualitinya terjamin.” Kata suri rumah Patricia Tan, seorang homebaker. Dia tidak dapat memenuhi order kek hari jadi pelanggannya oleh kerana kehabisan keju krim itu.
“Saya tidak memerlukan yis kerana mempunyai ibu sourdough tetapi saya memerlukan tepung roti yang mempunyai kandungan protein tinggi. Saya terpaksa mengubahsuai dan menggunakan apa yang ada.” Kata puan Michelle Wong.
Ramai yang menggunakan masa yang terluang untuk berjinak-jinak dengan pembuatan kek, roti dan kuih. Tetapi buat home based bakers, ini adalah mata pencarian mereka dan kerunsingan mereka amat difahami apabila tidak boleh mendapatkan bahan-bahan yang tertentu.
Luahan Wartawan: Turut simpati dan memahami perasaan home based bakers yang tidak dapat supplies.
As an amateur baker, aku pun suka buat kek dan kuih tapi aku dah redha dengan ketiadaan keju krim. Rasanya dah terlalu banyak yang nak try buat burnt cheesecake, tu pasal sampai langsai stok.
Cuma, spare a thought for the people who are baking for others. Jangan hoard ingredients yang belum tentu kau akan pakai. Leave it to the ones who knows and need it more. Diorang ada orders to fulfil.
Dan tak boleh lah nak kata kenapa last minute baru nak beli, barang-barang ni dah start lesap end April okay. Mana the temporary ban baru je lifted, mestilah sekarang baru nak cari, barang-barang basah mana boleh simpan lama-lama. Kualiti terjejas.
Comments