Air Sial Diluluskan Kerajaan Pakistan Untuk Beroperasi
Syarikat penerbangan swasta baru dari Pakistan, diberi nama Air Sial baru diluluskan untuk beroperasi oleh kerajaan Pakistan.
Pelancaran Air Sial sepatutnya dijadualkan pada Jun lepas tetapi terpaksa ditangguhkan kerana pandemik Covid-19 yang menyebabkan laluan udara disekat pada waktu itu.
Sumber: Google Images
Nama syarikat penerbangan itu, Air Sial adalah satu nama yang agak unik dan juga pelik untuk didengari memandangkan perkataan ‘sial’ itu adalah istilah yang kurang sopan dalam komunikasi masyarakat di sini.
Namun hakikatnya, nama Air Sial itu diambil dari sebuah bandar di wilayah Punjab, Pakistan iaitu bandar Sialkot. Bandar Sialkot ini merupakan salah satu pusat perindustrian di negara tersebut.
Sumber: Google Images
Menurut sejarah Air Sial, syarikat penerbangan ini diasaskan dan dibangunkan oleh komuniti tempatan dari bandar Sialkot itu sendiri. Ia memulakan operasi sejak Ogos 2015 lalu dan segala nya bermula selepas pihak kerajaan membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Sialkot.
Sumber: Google Images
Selain daripada perkhidmatan penerbangan penumpang, Sialkot juga menyediakan khidmat kargo sebagai kemudahan logistik awam.
Luahan Wartawan: Not gonna lie, first time bila tengok nama syarikat itu, I literally went “What the…”. Of course, bila dapat tahu as to why they named it as such, its actually quite a noble thing to name the company after the place where it was founded.
HOWEVER, I cannot forget that perkataan ‘sial’ is not just a perkataan yang kurang bermoral but it also means unlucky or selalu ditimpa kemalangan. So yes, in Malay context, its not at all an auspicious name for an airline company.
Podcast Plan B minggu ini!
留言