“Abah Minta Maaf. Jaga Diri Semua.” Pesakit Kovid Menulis, Sebelum Menghembuskan Nafas Terakhir
“Tolong doa dan terus solat hajat. Abah minta maaf. Jaga diri semua.”
Inilah kata-kata terakhir Ahmad Mohammad Talib, seorang lelaki berumur 58 tahun kepada isteri dan anak-anaknya sebelum meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Sumber: Facebook, Fika Maira
Gambar pesanan itu yang ditulis di atas dua helai kertas telah viral di media social selepas dimuatnaikkan di lelaman Facebook anak sulungnya, Syafiqa Humairak. Menurutnya, bapanya yang menghidap penyakit buah pinggang disahkan positif Covid-19 Khamis minggu lalu, sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dikuarantin dan mendapat rawatan lanjut.
Namun, keadaannya bertambah teruk dan doktor memutuskan untuk meletaknya di dalam koma Isnin lalu. Sebelum dikomakan, Ahmad Mohammad Talib sempat menulis nota itu dan menunjukkan kepada anaknya. Beliau melepaskan nafas terakhirnya dua hari kemudian.
Sumber: Facebook, Fika Maira
Syafiqa Humairak juga berkata bahawa semua ahli keluarga termasuk anak saudaranya yang berusia sebulan turut disahkan positif Covid-19, dan tidak berpeluang menghadiri majlis pengebumian bapanya. Namun, Syafiqa tidak dijangkiti kerana beliau tinggal di Pulau Pinang.
Ruang komen lelaman Facebook Syafiqa dihujani dengan kata-kata semangat dan doa buat mereka sekeluarga agar tabah menghadapi ujian Tuhan.
Sumber: Facebook, Fika Maira
Sumber: Facebook, Fika Maira
Luahan Wartawan: Its never easy to lose a loved one. Apa lagi to have lost a loved one due to the pandemic. You can’t even get to say your last goodbyes properly. Tak dapat cium jenazah for the last time and only a few people can attend the burial. May this pandemic be over soon and those who are afflicted by it recover fully, inshaAllah ameen!
Podcast Plan B minggu ini!