top of page
Writer's pictureLintah Darah

A.I SUTD: Wabak Covid19 Di Singapura Akan Lenyap Pada 10 Jun


Latar biru dengan gambaran virus berwarna merah

Persoalan yang kerap membelenggu akal dan fikiran warga alam — bilakah akan wabak COVID-19 berakhir?

buku dengan tanda soal pada semua halaman

Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) mungkin ada jawapannya.


Berdasarkan maklumat kecerdasan buatan (AI) dan data sedunia dari Our World in Data, SUTD telah memperoleh jumlah keseluruhan kes, kematian, kes baharu, kematian baharu serta populasi.

robot wanita dengan ekspresi jijik

Menggunakan kaedah algoritma AI, SUTD berjaya memaparkan lengkung jangkitan dan menjana tarikh, yang mereka percaya, merupakan tarikh tamatnya virus COVID-19 di sesebuah negara.

seorang lelaki keliru

Graf tersebut dibahagikan kepada 97, 99 dan 100 peratus kemungkinan.

Berikut adalah unjuran bagi beberapa negara di Asia Tenggara:


SINGAPURA

Latar belakang putih dengan grafik biru

Sumber: SUTD


Menurut unjuran SUTD, Singapura mempunyai peluang 97 peratus di mana virus COVID-19 akan berakhir pada 9 Mei, 99 peratus pada 15 Mei dan 100 peratus pada 10 Jun.


MALAYSIA

Latar belakang putih dengan grafik biru

Sumber: SUTD


Menjelang separuh masa pertama, unjuran algoritma kurang tepat. Namun, apabila lengkung jangkitan mula rata, unjuran semakin tepat. Virus dianggarkan berakhir pada 8 Julai.


INDONESIA

Latar belakang putih dengan grafik biru

Sumber: SUTD


Akibat jumlah kes yang tinggi, penularan virus ini dianggarkan akan tamat pada 30 Julai.


FILIPINA

Latar belakang putih dengan grafik biru

Sumber: SUTD


Mungkin disebabkan ketidaklengkapan data, unjuran Filipina kelihatan ‘kurang kemas’. Walau bagaimanapun, wabak ini dianggarkan akan tamat pada 8 Julai.


VIETNAM

Latar belakang putih dengan grafik biru

Sumber: SUTD


Dek kecekapan Vietnam dalam menangani penularan ini, negara itu diunjurkan akan bebas COVID-19 pada 14 Mei.


Secara am, SUTD percaya COVID-19 akan hapus dari bumi ini pada 1 Disember.


Ini sekadar anggaran sahaja. Jangan taruh harapan. Patuh langkah-langkah jarak selamat dan jaga kebersihan. Kelak nanti, kita akan dibebaskan.

latar putih, rumah dengan wajah riang dan tulisan stay home flatten the curve

Join komuniti Plan B di Telegram dan Instagram

תגובות


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page