500kg Kokain Bernilai $78 Juta Terdampar Setelah Pesawat Terhempas
Sumber: ABC News
Pesawat membawa dadah kokaina (cocaine) seberat 500 kilogram yang bernilai hampir AUD$80 juta (S$78 juta) terhempas di Port Moresby, Papua New Guinea (PNG), ketika berangkat ke Australia.
Menurut laporan media setempat, pesawat ringan yang dijadual ke Queensland, Australia itu terhempas pada 26 Julai dek muatan terlalu berat.
Sumber: ABC News
Lima lelaki yang terlibat merupakan sindiket jenayah yang berpusat di Melbourne dan mempunyai kaitan dengan jenayah terancang Itali, nyata polis.
Jika didapati bersalah, kelima-lima mereka akan dipenjara seumur hidup.
“Polis Kesatuan Australia (AFP) mendakwa kelobaan memainkan peranan besar dalam kegiatan sindiket dan tidak menolak bahawa keberatan kokaina meninggalkan impak pada kebolehan pesawat untuk terbang,” kata polis dalam satu kenyataan.
Pesawat terbabit ditemui terbengkalai dan kosong, dan dadah kemudiannya dijumpai di lokasi berbeza di PNG.
Sumber: ABC News
Juruterbang Australia yang terlibat telah menyerah diri di Konsulat Australia di PNG susulan nahas tersebut. Dia diberkas dan didakwa atas kesalahan imigresen.
Timbalan Pesuruhjaya Penyiasatan Australia Ian McCartney berkata, sekatan perjalanan antara negara semasa COVID-19 menyebabkan cubaan penjenayah untuk mengimport dadah terlarang ke Australia semakin berleluasa.
Luahan wartawan: Kimais $80,000,000!!! They went through all the hassle just to face a plane crash. Next time, pakai plane yang bagus sikit lah ye…Tu pun kalau tak didapati bersalah xP.
Comments