5 Perompak Dijangkiti Selepas Merompak Tuan Rumah Positif Covid19
Kehidupan jenayah tidak membayar dan padahnya diterima oleh 5 orang pencuri di Makassar, Indonesia apabila rumah yang dicerobohi mereka dimiliki oleh mangsa yang disahkan positif wabak Covid-19.
Walaupun mereka memastikan tuan rumah berada di luar bandar, penjenayah ini terlupa untuk mencari sebabnya rumah itu dikosongkan. Penghuni rumah itu harus di kuarantin setelah disahkan positif Covid-19.
Tidak putus dirundung malang, mereka juga diberkas dalam masa 24 jam oleh polis daerah Panakkukang, Makassar. Kelima-lima penjenayah itu di tahan dalam sel penjara yang berasingan untuk mengelakkan kemungkinannya berlaku jangkitan kepada banduan lain.
Mereka dikerahkan untuk melakukan ujian pantas covid-19 di halaman balai polis Panakkukang. Media juga hadir untuk merakamkan insiden itu.
Barangan yang dirompak termasuk 15 gram aksesori emas serta wang tunai yang berjumlah dalam RM6000($1960)
Luahan wartawan: You play stupid games, you win stupid prizes.
Dengan penuh konfiden buat site recce tapi tak terlintas ke dalam fikiran tu, kalau senang sangat nak buat kerja mencuri, isn’t something amiss?
Yang menyedihkan ialah mereka ni semua masih muda lagi. It is scary to think where the youths are headed dalam keadaan dunia yang dilanda krisis seperti kini.
Memang tak baik untuk mengucapkan perkara buruk untuk berlaku pada sesiapa pun tapi kalaulah diorang diuji positif, padan muka. Kadang kadang manusia ni kena belajar dan mengambil iktibar dari musibah yang melanda.