top of page
Writer's pictureLintah Darah

5 Ajaran Sesat Yang Pernah Ditumpaskan


5 Ajaran Sesat Yang Pernah Ditumpaskan

Beberapa hari lepas, hangat dibincangkan dalam masyarakat berkenaan dengan sebuah ajaran sesat yang mana ketuanya yang mengaku ‘Nabi’ sehingga mempunyai isteri-isteri ‘batin’.


Apa kata, kita singkap kembali beberapa ajaran sesat yang pernah tular dan hangat dibincangkan masyarakat kita.


KERAJAAN LANGIT (AYAH PIN)

Ariffin Mohammed

Sumber: Wikipedia


Kerajaan Langit yang diketuai oleh Ariffin Mohammed atau lebih dikenali ramai sebagai Ayah Pin, menular di kaca televisyen dan suratkhabar antarabangsa pada tahun 2005. Siapa boleh lupa gambar hiasan teko dan pasu besar yang ada di halaman markas Kerajaan Langit ini di daerah Besut, Terengganu.

Kerajaan Langit

Sumber: Wikipedia


Ayah Pin mendakwa dirinya mempunyai hubungan secara lansung dengan Tuhan dan beliau juga dipercayai oleh pengikutnya adalah jelmaan semula Nabi Isa AS, Buddha, Shiva dan Nabi Muhammad SAW.


Ajaran sesat ini dipercayai mempunyai lebih dari beberapa ribu pengikut yang berasal bukan sahaja dari Nusantara tapi ada yang dari Afrika, India, England dan New Zealand. Namun, ajaran sesat ini telah berjaya ditumpaskan oleh kerajaan Malaysia pada 30 Julai 2005.


GERAKAN SALAMULLAH (LIA EDEN)

GERAKAN SALAMULLAH lia eden

Sumber: Wikipedia


Zaman 2000an, ketika Malaysia sedang bergejolak dengan penularan ajaran sesat Kerajaan Langit dan Ayah Pin, Indonesia juga sedang menangani masalah ajaran sesat tersendiri. Gerakan Salamullah, sebuah ajaran sesat yang mula diasas pada tahun 2000, mula mengambil perhatian media dan orang ramai di negara itu.

ABC Australia News

Sumber: ABC Australia News


Gerakan Salamullah ini dimulai oleh pengasasnya Lia Aminuddin, atau lebih dikenali sebagai Lia Eden. Beliau mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi dan juga Mariam, ibu kepada Nabi Isa AS.

It's a revelation

Lia Eden juga mengaku bahawa beliau sering menerima wahyu dari Malaikat Jibril. Gerakan Salamullah ini dianggar memiliki 70 orang pengikut dan sehingga kini masih ada di Jakarta, Indonesia


FAHAMAN YAYI (PARIDA JAYOS)

FAHAMAN YAYI

Sumber: Berita Mediacorp


Ajaran sesat yang dikenali sebagai Fahaman Yayi pula pernah menular di Singapura. Pengasasnya, seorang wanita berusia 60an bernama Parida Jayos mengaku dirinya itu Tuhan dan menjanjikan syurga buat semua pengikutnya yang taat.


Selain dari itu, banyak amalan -amalan Fahamani Yayi ini yang melanggar Syariat. Contoh amalan-amalan tersebut adalah tidak berpuasa pada bulan Ramadan, solat hanya satu kali sehari tanpa batas waktu dan tidak perlu menghadap kiblat. Pihak MUIS dan juga pihak Jabatan Agama Islam Johor telahpun mengambil tindakan terhadap kumpulan ini.


HASSAN ANAK RIMAU (HASAN BIN YAAKOB)

HASSAN ANAK RIMAU

Sumber: Google Images


Ajaran Hassan Anak Rimau ini dipercayai bermula di Tanah Merah, Kelantan. Pengasas ajaran ini, Hasan Bin Yaakob, merupakan seorang guru silat dan juga penjual limau. Di situlah beliau mendapat gelaran Hasan Anak Limau, yang kemudian berubah menjadi Hasan Anak Rimau setelah pengikutnya menjadi ramai. Salah satu pengikutnya adalah Ayah Pin, yang mengasaskan ajaran sesat Kerajaan Langit setelah kematian Hassan Anak Rimau.

yang mengasaskan ajaran sesat Kerajaan Langit setelah kematian Hassan Anak Rimau.

Sumber: Google Images


Hassan Anak Rimau dikenali sebagai seorang yang mempunyai lebihan boleh mengetahui isi hati tetamu yang dating berjumpanya. Pengikut-pengikutnya juga mempercayai bahawa beliau berada di mana-mana sahaja dan anak kunci syurga dipegangnya. Beliau juga mendakwa dirinya sebagai Tuhan dan tidak perlu percaya kepada Nabi Muhammad SAW.

blasphemy

Ajaran sesat ini berleluasan di Malaysia pada tahun 1970an dan difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 10 Oktober 1983.


AL-QIDAYAH AL-ISLAMIYA / GAFATAR – GERAKAN FAJAR NUSANTARA (AHMAD MOSHADDEQ)

AHMAD MOSHADDEQ

Sumber: Google Images


Ajaran sesat Al-Qiyadah Al-Islamiyah ini pernah berleluasan di Indonesia pada tahun 2000-an. Ia bermula dari Bogor, Jawa Barat oleh pengasasnya, Ahmad Moshaddeq atau lebih dikenali dengan nama Abdussalam. Beliau mengaku dirinya itu Nabi dan juga menerima wahyu yang bukan dalam bentuk kitab, tapi pemahaman Al-Quran yang sempurna.

I have a dream

Setelah mendapat sebuah mimpi di mana beliau berjumpa dengan Nabi Musa AS dan Nabi Isa AS, Ahmad Moshaddeq berdakwah secara terang-terang pada tahun 2007. Perkembangan jumlah pengikut ajaran ini berkembang dengan sangat cepat sehingga menjejak lebih kurang 20,000 pengikut pada akhir tahun 2007.

menjejak lebih kurang 20,000 pengikut pada akhir tahun 2007.

Namun, pada tahun 2008, Ahmad Moshaddeq dihukum penjara 4 tahun atas mengajar ajaran sesat. Selepas penghukumannya itu Ahmad Moshaddeq mengatakan bahawa beliau sudah bertaubat, namun, pihak berkuasa mengaggap masih menyebarkan ajarannya dengan menggunakan nama lain diantaranya Milah Abraham dan Gerakan Fajar Nusantara (Gafatar) yang masih aktif di beberapa wilayah di Indonesia.

the tribe has spoken

Luahan Wartawan: Kalau kita nilaikan semua ajaran sesat yang telah pun diwartakan, satu perkara yang menjadi satu keserasian di kalangan mereka semua… seorang ketua yang berpengaruh dan mempunyai karisma.

seorang ketua yang berpengaruh dan mempunyai karisma

Tapi of course, tak tau la kalau ketua Fahaman Yayi itu ada karisma namun begitu, kalau tiada karisma, takkan ada pengikut kan? Walau apapun, pastinya jangan lupa untuk seringkali bertanya dan juga merujuk kepada mereka yang lebih mengetahui sekiranya kita terdengar akan sesuatu yang agak janggan, lebih-lebih lagi dalam permasalahan agama dan jangan takut untuk melaporkan kepada badan-badan Islam sekiranya kita ternampak perkara-perkara yang menimbulkan syak wasangka.


Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Kommentarer


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page