$498 Untuk 10 Hidangan SIA, Siap Dihantar Ke Rumah
$498 itulah harga buat 10 hidangan yang bakal disajikan oleh SIA dengan pelancaran SIA@Home bermula dari 5 Oktober. Menurut laman web Mothership, pakej tersebut termasuk sajian yang dihidangkan dalam penerbangan first-class serta kit-kit berjenama.
Diantara menu antarabangsa yang akan dihidangkan termasuk makanan India dan Jepun.
Perkhidmatan khas akan diberikan, menerusi telefon, oleh pekerja-pekerja kabin SIA yang akan menolong pelanggan ketika mereka hendak buat pilihan daripada menu tersebut. Kit edisi terhad Lalique, Penhaligon dan perkakas makanan edisi terhad juga akan diberikan mengikut pakej yang dipilih.
Para pelanggan juga akan diajarkan melalui video, digital dan tulisan bagaimana untuk menyediakan hidangan mereka seperti mana yang dibuat oleh SIA. Makanan- akan dihantar di dalam bungkusan vakum yang telah disejukkan dahulu dan boleh tahan sehari lagi kalau disimpan dalam peti ais.
Luahan Wartawan: Fuyoo, layanan first-class seh.
I appreciate the effort by SIA for the full customer experience. Ada rupa ada hargalah kata orang kan..
Comments