$435 Untuk Sewa Seluruh Panggung Wayang Semata-Mata Untuk Main Game
$435, itulah harga pakej menyewa pawagam yang dibiayai Les Yam untuk pengalaman gaming beramai-ramai.
Di dalam sebuah posting yang dimuat naikkan di Facebook Complaint Singapore, Les Yam mengongsikan pengalaman “ultimate cinematic experience” beliau di pawagam Golden Village Funan Mall.
Sumber: Facebbok
Mereka menggunakan Xbox One S untuk bermain beberapa game termasuk Overcooked dan Moving Out.
Demi permintaan ramai, Les juga mengongsikan cara-cara beliau menyewa pawagam tersebut.
Les menghantar e-mel ke beberapa pawagam namun hanya GV yang memberinya jawapan. Mereka ditawarkan 2 pakej untuk 3 jam berharga $435 yang termasuk air dan popcorn freeflow ataupun $455 dimana makanan ringan akan disediakan. Namun konsol gaming harus dibawa sendiri dan dicuba di lokasi.
Setelah memilih pakej $435 dan menguji sistem di pawagam itu, Les mengatakan mereka menanda tangani kontrak perjanjian. Namun hanya 5 orang dibenarkan masuk untuk pakej gaming tersebut mengikuti garis panduan yang diberikan kerajaan kerana Covid.
Menurut Les lagi, ia adalah pengalaman yang gerek tetapi agak mahal dengan harga $435. Sentimen itu diakui oleh beberapa netizen yang lain.
You pay for the experience I guess.
Luahan Wartawan: Aku ingatkan Gold Class theatre tapi macam yang biasa je.
Aku rasa mahal la untuk main game kat panggung wayang macam. Abeh buat 3 jam je.
Lebih rela carik rumah member yang ada solid system. Boleh main lama-lama.
Podcast Plan B minggu ini!
Comentarios