top of page
Writer's pictureBelalang Biru

4 Hingga 5 Jam Menunggu Untuk Dapatkan Bilik Di Hotel Grand Park Orchard


Hotel Grand Park Orchard

Seorang netizen, Kife Wee telah memuatnaikkan sebuah posting di lelaman Facebook tentang pengalamannya ketika beliau hendak check-in ke Hotel Grand Park Orchard baru-baru ini. Posting itu sudah meraihkan lebih dari 4000 shares, 200 likes dan 800 komen.

Kife Wee

Memandangkan kerajaan baru sahaja beri semua warganegara Singapura baucer SingapoRediscovers bernilai $100 yang boleh digunakan untuk pelbagai tarikan di Singapura dan juga bayaran hotel, ramai yang berduyun membuat tempahan bilik di hotel tersebut untuk staycation.

berduyun membuat tempahan bilik di hotel tersebut untuk staycation.

Sumber: Kife Wee


Namun begitu, kakitangan dan staf di hotel tersebut kelihatan seperti tidak sedia untuk jumlah orang yang datang serentak kerana ramai yang harus tunggu selama 4-5 jam untuk mendapatkan bilik.

harus tunggu selama 4-5 jam untuk mendapatkan bilik

Sumber: Facebook, Kife Wee


Menurut netizen yang memuatnaik posting tersebut, lebih dari 70 orang sedang beratur untuk check in ke hotel tersebut. Keadaan d situ juga tidak teratur dan tiada langkah-langkah jarak selamat dikuatkuasakan.

Menurut netizen yang memuatnaik posting tersebut, lebih dari 70 orang

Sumber: Kife Wee


Ramai netizen meluahkan rasa kurang senang mereka dengan keadaan tersebut memandangkan Singapura masih lagi sedang mengalami pandemik Covid-19.

Nur Yusop

Benny Ang

Song San

Sumber: Kife Wee


Ramai juga netizen yang meluahkan rasa kemusykilan mereka kerana baucer SingapRediscovers ini boleh dipakai hingga ke bulan Jun 2021 dan bukan harus dipakai secepat mungkin.

netizen yang meluahkan rasa kemusykilan mereka

Sameerah Choo

Sumber- Facebook, Kife Wee


Pada masa cuti sekolah ini, sudah tentu kebanyakkan tarikan dan hotel akan dipenuhi orang ramai. Dengan kehadiran baucer SingapoRediscovers, keadaan akan menjadi lebih teruk. Warganegara Singapura harus ingat bahawa pandemik Covid-19 masih lagi menular.

Warganegara Singapura harus ingat bahawa pandemik Covid-19 masih lagi menular.

Luahan Wartawan: Kalau aku, the moment I see the crowd, I’ll just turn back and leave. Tunggu 4-5 jam untuk bilik disiapkan? Takpe lah. Just imagine, check in timing at 3pm, kena tunggu 4-5 jam. By the time dapat bilik da pukul 7-8 malam. Last-last dapat bilik, masuk terus tidur. Esok bangun pagi terus checkout. Not worth it at all.



Podcast Plan B minggu ini!



Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page