24 Nyawa Bayi, Ibu Dan Jururawat Terkorban Dalam Serangan Pengganas
Ekoran serangan pengganas di sebuah wad bersalin di Kabul, Afghanistan, 24 nyawa bayi,
ibu dan jururawat terkorban — meninggalkan beberapa bayi baru lahir tanpa ibu.
SUSUKAN BAYI-BAYI
Terkesan akan kejadian itu, Feroza Younis Omar mempelawa dirinya untuk menyusubandakan 20 bayi yang kehilangan ibu mereka susulan serangan di Doctors Without Borders (MSF).
Kini, ibu kepada anak 14 bulan ini berada di Hospital Ataturk di Kabul bagi membantu merawat bayi-bayi yang tercedera setelah hospital berkenaan dibom tiga orang pengganas.
REAKSI WARGANET
Melihat tindakan pegawai Kementerian Ekonomi Afghanistan itu, warga serata buana kekal yakin bahawa masih ada golongan yang berperikemanusiaan di bumi ini.
Dalam pada itu, warganet turut memohon umat Islam sedunia untuk mendoakan kesejahteraan Afghan.
SERANGAN DI WAD BERSALIN
Terdahulu, pada pagi Selasa lepas, tiga pengganas memakai seragam polis menggempur wad berkenaan.
Situasi di dalam salah sebuah wad.
Antara mangsa serangan tersebut ialah bayi ini.
Setelah melempar beberapa bom tangan, pengganas-pengganas tersebut menembak pula angkatan keselamatan.
Rusuhan tersebut berlanjutan buat beberapa jam sebelum ketiga-tiga pengganas ditembak mati.
Seramai 80 mangsa telah dibawa ke Hospital Ataturk untuk menjalani rawatan.
Bayi-bayi dihantar ke hospital lain.
Jururawat menjaga bayi yang terselamat.
Seorang ibu menyusukan anaknya setelah diusung keluar dari lokasi serangan.
Menurut laporan Daily Mail, kumpulan teroris di sebalik serangan ini belum dikesan. Namun, presiden Afghan, Ashraf Ghani, menuduh Taliban dan ISIS.
Luahan wartawan: Apa masalah dorang ni? Tak kisahlah apa ideology kau. Tapi takkan sampai tak berperikemanusiaan langsung? Kau target newborns and perempuan baru beranak. Tak gentle sia.
But on a brighter side, masih ramai lagi manusia yang sanggup membantu satu sama lain meskipun dorang takde pertalian darah pun. Semoga mereka dilindungi.
To terrorists, aku doakan dorang kena COVID-19. Just them and kawan-kawan
seperjuangan. Biar mati skali. One less problem.
Comments