top of page
Writer's pictureLintah Darah

2000 Pekerjaan Ditawarkan, 3000 Permohonan Diterima


2000 Pekerjaan Ditawarkan

Kerjasama Mendaki SENSE bersama OKLETSGO telah meningkatkan jumlah pengguna aplikasi ‘Cari Kerja’, yang dilancarkan pada 13 April bagi menghubungkan golongan yang ingin mencari kerja bersama syarikat yang mempunyai jawatan kosong.


Menerusi wadah podcast dan penulisan OKLETSGO sejak 16 April, Mendaki SENSE mula menerima 900 permohonan kerja setiap hari — berbanding 100 permohonan kerja setiap hari sebelum kerjasama tersebut diadakan.

Cari kerja

Klik di sini untuk mendapat maklumat terperinci tentang aplikasi ‘Cari Kerja’.


Menukil kenyataan Pengarah Eksekutif Mendaki SENSE, Encik Mohamad Faiz Selamat, dia memaklumkan bahawa kolaborasi tersebut telah membuahkan hasil yang memuaskan.


“OKLETSGO telah memberikan sumbangan besar dalam mendorong masyarakat untuk memuat turun dan menggunakan aplikasi ini.


“Setakat ini (24 April), Mendaki SENSE telah meraih 18,900 muat turunan, 9,277 ‘pelawat’ ke ‘Virtual Job Fair’ dan senarai pekerjaan serta 2,157 ‘unique job application’.

‘Cari Kerja’ menawarkan pelbagai jawatan

‘Cari Kerja’ menawarkan pelbagai jawatan. Sumber: Mendaki SENSE


“Hampir 50 peratus yang memuat turun ‘Cari Kerja’ telah membuat permohonan kerja, sama ada melalui ‘Virtual Career Fair’ atau senarai pekerjaan lain.”


Di samping itu, Encik Faiz juga berkata bahawa Mendaki SENSE akan terus memberi peluang pekerjaan bagi masyarakat setempat.

Maritime Virtual Career Fair

Penyertaan bagi ‘Maritime Virtual Career Fair’, yang ditujukan buat mereka yang berminat dalam sektor maritim, akan ditutup pada 26 April. 


Untuk mencari peluang pekerjaan, muat turun ‘Cari Kerja’ di Google Play Store atau App Store.

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page