top of page
Writer's pictureBelalang Biru

140 Pekerja SPH Dihentikan Kerja


Pekerja SPH Dihentikan Kerja

Sumber: Google

Singapore Press Holdings (SPH) memberhentikan 140 pekerja daripada jabatan penjualan media, Media Solutions Division (MSD), dan operasi majalah,SPH Magazines, setelah menjalankan langkah penyusunan semula.


Menurut SPH, bilangan ini merangkumi lima peratus daripada jumlah keseluruhan kakitangan, dan akan menanggung kos pemberhentian sekitar $8 juta.


ANGKARA COVID-19


Mengumumkan pemberhentian pekerja dalam satu kenyataan hari ini (18 Ogos), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPH Ng Yat Chung menyatakan meskipun jumlah pembaca dan pelanggan syarikat media itu kian meningkat sejak pandemik COVID-19, pendapatan daripada cabang pengiklanan terus merosot.

pendapatan daripada cabang pengiklanan terus merosot

TETAP MENDAPAT SOKONGAN


SPH menyatakan ia sudah memaklumkan langkah pemberhentian pekerja itu kepada Kementerian Tenaga Kerja (MOM), Creative Media and Publishing Union (CMPU) dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).


“CMPU dan pihak pengurusan SPH telah meninjau kriteria pemilihan untuk memastikan rakyat Singapura dalam syarikat dilindungi sebaik mungkin. Kami juga telah berunding untuk memastikan kakitangan terjejas diberikan pakej pampasan yang adil,” kata CMPU dalam kenyataan media.

shut up and take my money

SPH juga berkata mereka akan memastikan bekas kakitangan mendapat bantuan dan sokongan yang diperlukan dalam keadaan tidak menentu ini, dengan kerjasama CMPU dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i).


JUMLAH DAN GAJI KAKITANGAN BERKURANGAN


Ini merupakan langkah penyusunan semula ketiga yang dilakukan SPH sejak 2017.


Pada Oktober 2019, SPH mengumumkan bahawa mereka akan membuang lima peratus pekerja pada akhir tahun meski meraih keuntungan sebanyak $213.2 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Ogos 2019.

Pada Oktober 2017, syarikat media yang mula beroperasi pada tahun 1984

Pada Oktober 2017, syarikat media yang mula beroperasi pada tahun 1984 ini mencantas 230 pekerjaan di mana 130 daripadanya merupakan pemberhantian pekerja.


Mac tahun ini pula, SPH memaklumkan lembaga pengarah termasuk CEO dan pengurusan kanan syarikat itu masing-masing mengambil potongan gaji lima dan sepuluh peratus secara sukarela.


Luahan wartawan: Oh nos babygirl kesiannya 🙁 Terfikir nasib ahli keluarga yang terjejas…Adakah ini bermaksud lebih ramai akan kehilangan pekerjaan selepas ini? Mari sama-sama doakan yang terbaik buat mereka ??


Sumber: Mothership


Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page