in

Polis Bantu Biawak Seberang Jalan

Sebuah rakaman yang menunjukkan seorang pegawai polis membantu seekor biawak air melintas jalan raya  menjadi tular di lelaman Facebook Just Keep Thinking.

Posting rakaman tersebut telah meraih lebih daripada 620 likes, 49 komen dan 470 shares.

Sumber: Facebook, Just Keep Thinking

Kejadian tersebut berlaku di sebatang jalan raya di Singapura yang berdekatan dengan sebuah Park Connector di daerah Tanjung Rhu dan Kallang River pada petang 18hb April 2021.

Di dalam rakaman tersebut, seorang pegawai polis lelaki dilihat sedang memegang ekor seekor biawak air yang berada di tengah-tengah sebatang jalan raya.

Beliau juga dilihat seakan sedang memujuk haiwan itu untuk pusing ke belakang dan keluar daripada jalan raya itu.

Mujur ketika kejadian itu berlaku, keadaan jalan raya tersebut tidak sibuk dan tidak ada kenderaan sedang bergerak di situ

Rakaman itu kemudian menunjukkan pegawai polis tersebut berjaya untuk menghalau biawak air tersebut keluar daripada jalan raya itu.

Beliau kemudian mengangkat haiwan tersebut dan membawanya ke badan air Kallang River yang berhampiran sebelum melepaskannya sambil diperhatikan oleh satu lagi pegawai polis yang melambai ke biawak air tersebut sebelum beredar.

Sumber: Facebook, Just Keep Thinking

Ruangan komen posting tersebut dihujani dengan pelbagai komen yang memuji perbuatan pegawai polis itu.

Sumber: Facebook, Just Keep Thinking

Namun begitu, seperti biasa, ada juga netizen yang memberikan komen negatif kepada perbuatan pegawai polis itu.

Sumber: Facebook, Just Keep Thinking

Dan ada juga netizen yang secara berseloroh mengatakan bahawa pegawai polis itu hanya menolong untuk menawan gadis yang juga ada dalam rakaman video tersebut.

Sumber: Facebook, Just Keep Thinking

Tetapi, dalam semua komen di posting tersebut, komen ini yang paling win.

Sumber: Facebook, Just Keep Thinking

Apa-apa pun, syabas kepada pegawai polis di rakaman tersebut yang menunjukkan sifat keperimanusiaan yang amat terpuji.

Luahan Wartawan: Memang jadi polis ni is a thankless job. Buat benda baik macam ni pun ada jer orang nak cakap. Mesti ada jer orang nak spot kesalahan. And ramai suka sangat kasi critic yang tak membangunkan langsung.

Whatever it is, kudos to the police officer for going above and beyond for helping the monitor lizard to safety!

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Lelaki Diburu Polis, Rakam Video Dera Anak, Pijak Leher

Pasangan Dipenjara, Didapati Bersalah Dera Anak Sampai Mati