in

Pertemuan Simbolik Menteri Dua Negara Di Koswe, Memberi Sinar Harapan Pembukaan Semula

Baru baru ini, beberapa keping gambar yang dimuat naikkan oleh dua Menteri Luar Negeri Malaysia dan juga Singapura menarik perhatian netizen.

Dr Vivian Balakrishnan dan Datuk Seri Hishammuddin dilihat mengadakan pertemuan ringkas di Tambak,  Johor untuk berbincang mengenai pembukaan sempadan buat mereka yang mempunyai kerja rasmi.

Sumber: Oh My Media

Pertemuan simbolik tersebut dikatakan sebagai bersejarah kerana ia juga memberi harapan kepada penduduk-penduduk dua negara untuk keluar melancong ke semberang tambak.

Kejayaan membuka sempadan itu juga bakal dijadikan templat untuk perbincangan Green travel bubble dengan negara lain.

Menurut Dr Vivian, mereka masih lagi dalam perbincangan untuk benarkan rentasan sempadan buat tujuan melancong kerana situasi Covid-19 yang masih beransur pulih.

Delighted to meet Malaysian Foreign Minister Hishammuddin Hussein and Johor Menteri Besar Hasni Mohammad this morning….

Posted by Vivian Balakrishnan on Saturday, July 25, 2020

Warganet menyamakan pertemuan bersejarah tersebut dengan scene dari drama Crash Landing On You.

Ada juga yang berpendapat bahawa perbincangan itu boleh dibuat dalam talian.

Namun, ramai yang mengalu-alukan pertemuan tersebut dengan mengatakan ia amat bersejarah dan unik.

Luahan Wartawan: This is symbolic and a very creative move.

Tapi aku rasa kan, dorang pun dah penat nak zoom bagai. Dapat chance untuk bergerak on official business, grab it!

But this is good news for those who have to commute to and fro. Kesian dorang dah lama tak jumpa famili tersayang.

And ada harapan that one day we can all travel to Johor at least for the weekend. Dah lama tak makan and shopping kat sana. Bukan apa, ni semua kan bagus untuk ekonomi negara.

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Inspired By Ustaz Ebit Lew, Local Influencer, Syazwan Yunos Initiated His Own Giveback

Poster Wanita Menjadi Imam Dalam Sholat Berjamaah Menjadi Perbualan Netizen, Tak Sabar Tengok Drama