in

Perompak 19 Tahun Ditembak Mati Di Johor

Remaja 19 tahun ditembak mati oleh pengawal keselamatan setelah mengacukan sebilah sabit di leher seorang wanita, yang ditahan sebagai tebusan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah, kejadian tersebut berlaku kelmarin (18 Jun) pada 2:04 petang di sebuah bank di Air Tawar 5, Kota Tinggi, Johor.

SELAMATKAN WARGA AWAM

“Bertindak atas keselamatan pelanggan dan pekerja bank, pegawai keselamatan yang bertugas melepaskan tembakan menggunakan pump gun,” katanya kepada New Straits Times (NST) Malaysia.

“Tembakan itu menusuk rusuk kanan suspek. Suspek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat.”

Sumber: Harian Metro

HURAIAN SAKSI

Sementara itu, saksi kejadian, Nurul Izzati Kamali, 23, berkata kejadian itu berlaku secara mengejut.

“Ada beberapa orang yang beratur menunggu giliran masuk untuk membuat urusan di bank.

Sumber: Malaymail

“Secara tiba-tiba, perompak datang, tarik seorang wanita yang berada di barisan hadapan dengan senjata seperti sabit.

“Pintu bank ditutup dan terdengar jeritan dari dalam yang meminta duit,” ujarnya kepada Harian Metro.

Penduduk yang berada di lokasi berkenaan dikatakan segera membuat panggilan kecemasan manakala ada yang berdiri di pintu depan dan belakang bank agar perompak tidak boleh melarikan diri.

Sumber: Malay Mail

Menyusuli kehadiran polis, beberapa pelanggan dan pekerja meluru keluar dalam keadaan menangis dan ketakutan.

Sumber: NST

Mujur, tiada sebarang kecederaan pada orang awam, termasuk tebusan mahupun pekerja bank.

Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Kota Tinggi, JohorDaylight Bank Robbery case…光天化日银行被打抢…#RMCO#Covid19#Johor⬇️ Get 3 rolls Korea Wallpaper for free, sign up now ⬇️:https://koreawallpaper.com/e/Free_3_Roll_SSL/form/8R4B0R

Posted by 我们是马来西亚人 We are Malaysians on Thursday, June 18, 2020

Sumber: Facebook

Luahan wartawan: Wasted…Masih muda lagi…Tapi no choice lah. Dia dah mengganas.

Banyak betul masalah tahun ni…Can we just have peace for a day?

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Mengalunkan Ayat Suci Sebelum Meninggal Dunia

Bayaran 2 Ringgit Untuk Tulis Artikel 1500 Perkataan