in

Penyewa Diminta Bayar Sewa Tambahan $400 Untuk Kerja Dari Rumah, Tambah $13 Kalau Balik Lambat

Sumber: Shin Min Daily

Pengguna Facebook, Pi Hai berkongsi pengalaman beliau menyewa bilik dengan tuan rumah yang melampau. Pada asalnya, harga sewa bilik di daerah Jurong West itu ditetapkan pada $400. Beliau dan 2 orang lagi penyewa tidak dibenarkan memasak dan hanya boleh mencuci baju seminggu sekali.

Tetapi tuan rumah tersebut menambah beberapa aturan yang tidak masuk akal termasuk bayaran tambahan $400 jika Pi Hai terpaksa bekerja daripada rumah kerana “lockdown”

Menurut “kontrak” yang ditulis tuan rumah, Pi Hai dikenakan bayaran tambahan sebanyak $13.33 apabila pulang ke rumah selepas 12 tengah malam.

Bayaran $13.33 dikenakan jika beliau mengambil cuti tahunan.

Kalau bekerja pada syif malam, bayaran $2 dikenakan pada tiap malam.

Jika tidak bekerja kerana cuti sakit, bayaran $10 dikenakan untuk duduk di rumah.

Oleh kerana peraturan tersebut, Pi Hai terpaksa keluar rumah sebelum 8 pagi dan pulang selepas 6 petang. Warganet mengecam tindakan tuan rumah tersebut yang dikatakan melampau.

Tangkapan skrin berbentuk mesej bersama tuan tanah pada 28hb Mei juga menunjukkan bayaran tambahan yang dikenakan jika beliau kembali rumah pada siang hari.

Menurut laporan Shin Min Daily, Pi Hai bersetuju untuk menyewa bilik tersebut dengan harga $400 sebulan dan peraturan pada asalnya.

Peraturan tambahan hanya dimaklumkan kepadanya apabila  Pi Hai turun pada unit tersebut untuk tandatangani kontrak. Tuan rumah menunjuk beliau kertas dengan peraturan tambahan tersebut dan memberitahunya bahawa ia adalah undang-undang untuk penyewa di Singapura. Pi Hai mengatakan lagi beliau menandatangani kontrak 6 bulan tersebut kerana takut tidak ada tempat tinggal di situ.

Pi Hai pernah dikenakan caj tambahan kerana pulang ke rumah siang untuk mencuci dan melipat bajunya. Beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah tersebut selepas 5 hari.

“Tempat ini tidak sesuai untuk hidup.” – Rungut Pi Hai.

Walau bagaimanapun, tuan rumah mengatakan Pi Hai terpaksa membayar sewa untuk 5 bulan yang tertera dalam kontrak, malah telah mengugut akan melaporkannya kepada polis jika enggan melunaskan sewa yang tinggal.

“Saya yang patut membuat laporan polis, bukan dia!”

Menurut laporan AsiaOne, pihak polis mengesahkan laporan telah pun dibuat.

Tuan rumah berusia 51 tahun itu menjelaskan kepada Shin Min Daily bahawa peraturan yang baru dibuat itu adalah untuk menyelesaikan masalah yang dialami dengan penyewa sejak 5 tahun lalu.

Beliau berkata: “Banyak penyewa ini ambil tempat supaya mereka boleh meletakkan  alamat official untuk memohon pas kerja. Sebaik sahaja mereka mendapat pas mereka, mereka akan cabut, dan akan menjadi masalah buat saya.”

Jelas beliau caj tambahan pada hari-hari yang penyewa yang mengambil mc adalah kerana tidak selesa bersendirian dengan penyewa memandangkan beliau seorang wanita.

Menurut undang-undang Singapura, perjanjian sewa sepatutnya sudah menyatakan caj yang perlu dibayar oleh penyewa, termasuk sebarang langganan atau deposit keselamatan.

Luahan Wartawan: When it is too good to be true, believe it.

Walaupun dekat Jurong, harga sewa $400 tu terlalu rendah. Mesti adehal punya. Kalau tak rumah berhantu, dapat tuan rumah yang perangai macam hantu.

Pandai dia nak buat duit eh, macam-macam caj dia kenakan orang tu. Kalahkan hotel. Dah lah tak boleh masak, makan kat rumah pun tak boleh lepas tu kau nak mengada-ngada.

Janganlah buat orang sampai macamtu sekali. Tak semua penyewa jahat, ade yang betul-betul nak kerja dekat sini.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Prof Muhaya Dikecam Netizen, Minta Perempuan Berlagak Bodoh Untuk Cepat Dapat Jodoh

Penunggang Motosikal Telanjang Di Lebuhraya Singapura