in

Penunggang Motosikal Telanjang Di Lebuhraya Singapura

Seorang lelaki telah dilihat menunggang motosikal dalam keadaan telanjang, di jalan raya Singapura tanpa memakai topi keledar.

Gambar penunggang motosikal tersebut telahpun dimuatnaikkan di lelaman Facebook dan ditularkan di aplikasi WhatsApp pada siang hari Khamis, 10 Jun. Lelaki tersebut ditemui sedang menunggu lampu isyarat merah di jalan Eunos, menghadap Masjid Darul Aman.

Seorang lagi warganet telahpun memuatnaikkan video dari rakaman kamera motosikalnya yang menunjukkan lelaki telanjang tersebut di lebuhraya Pan-Island (PIE), dimana beliau telah mengekorinya keluar di jalan raya Bedok North.

Sumber: Facebook, The Local Society

Dari video tersebut, dapat dilihat pada speedometer motor bahawa kedua-dua penunggang telah membawa motosikal dengan kelajuan lebih dari 100km/sejam.

Video tersebut menunjukkan lelaki terlanjang itu membuat pusingan U di Bedok North Road dan Bedok North Avenue 1.

Sumber: Facebook, The Local Society

Video tersebut telah mendapat lebih dari 400 kongsian, di lelaman Facebook. Warganet turut meluahkan kehairanan mereka, dengan komen-komen lucu.

Ini bukan peristiwa tersendiri. Lelaki yang sama pernah juga ditemui dalam keadaan telanjang, melakukan aksi yang menunjukkan bahawa mungkin beliau menghidapi penyakit mental. Gambar dibawah ini telah ditularkan di aplikasi WhatsApp.

Sekiranya seorang penunggang gagal untuk memakai topi keledar, dia boleh dikenakan dikenakan denda penjara sehingga 3 bulan atau saman sebanyak $500, atau keduanya.

Berada dalam keadaan telanjang boleh juga disalahi disisi undang-undang Singapura,

Luahan Wartawan: Wow. Lama sangat duduk rumah sebab Covid, bila keluar lupa nak pakai baju seluar atau mungkin Singapore just panas sangat.

Harap-harap lelaki tersebut dapat terima bantuan dari pihak tertentu. Kesian pula tengok member macam tak betul je.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Chap Chai

Written by Chap Chai

Penyewa Diminta Bayar Sewa Tambahan $400 Untuk Kerja Dari Rumah, Tambah $13 Kalau Balik Lambat

Syatilla Melvin Tunjukkan Koleksi Baju Tidur Seksi Sambil Marketing Jamu, Netizen Mengamuk