in

Penciplak Sambal Nyet Tampil Minta Maaf, Khairul Aming Letakkan Beberapa Syarat

Baru-baru ini, ruang media sosial khususnya di Twitter kecoh berikutan pendedahan yang dibuat oleh seorang influencer media sosial, Khairul Aming yang popular dengan rancangan masakan apabila Sambal Nyet yang dijualnya menjadi mangsa cetak rompak.

Sumber: Twitter, @khairulaming

Melalui perkongsiannya, beliau merasa kecewa apabila ada individu sanggup menciplak dan menjual produk palsu Sambal Nyet yang jauh berbeza tarafnya dengan yang asli. Beliau juga membuat keputusan untuk membuat laporan polis tentang kes itu.

Sumber: Twitter, @khairulaming

Terkini, melalui tweet beliau menerusi lelaman Twitter, Khairul Aming memaklumkan bahawa individu yang bertanggungjawab menjual produk palsu Sambal Nyet itu telah tampil ke hadapan dan bertemu dengannya untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sumber: Twitter, @khairulaming

Dalam pertemuan tersebut, Khairul Aming menjelaskan bahawa perkara itu tidak akan diselesaikan begitu mudah dan menuntut 3 perkara daripada individu tersebut.

Sumber: Twitter, @khairulaming

Selain daripada tuntutan membuat permohonan maaf secara terbuka, individu itu juga perlu membayar wang tunai sebagai pampasan.

Namun begitu, menurut Khairul Aming, wang tersebut tidak akan dipulangkan kepada pembeli-pembeli yang membeli sambal palsu itu. Sebaliknya, ia akan didermakan kepada golongan asnaf yang memerlukan.

Sumber: Twitter, @khairulaming

Individu tersebut juga harus membuat statement pengakuan salah di balai polis sebagai tuntutan ketiga. Menurut Khairul Aming, individu tersebut telah pun ke Balai Polis Damansara untuk membuat penyataan tersebut.

Sumber: Twitter, @khairulaming

Selain dari itu, kedai online individu tersebut di Shopee telah diharamkan dan dipadamkan daripada lelaman tersebut

Sumber: Twitter, @khairulaming

Di akhir penulisannya, Khairul Aming mengharap insiden ini menjadi satu pengajaran kepada semua individu dan menekankan bahawa perkara ini tidak patut di ambil mudah.

Sumber: Twitter, @khairulaming

Mujur, kes ini dapat diselesaikan dengan cepat dan orang ramai tidak akan tertipu lagi dengan pengedaran sambal cetak rompak ini.

Luahan Wartawan: Very well handled by Khairul Aming to bring this matter to a rest. I fully support his action untuk berikan semua wang ganti rugi tu kepada golongan asnaf memerlukan. Why not to the buyers? Because dorang willingly buy from a ‘reseller’ even though Khairul Aming banyak kali da cakap don’t do so. They need to take accountability too.

All in all, lets hope that this fiasco jadi satu pengajaran untuk semua. Beli lah original, jauhi cetak rompak. Eh da macam iklan zaman 90an pulak.

Anda juga boleh membaca artikel yang berkaitan dengan artikel in;

Khairul Aming Luah Rasa Kecewa, Sambal Nyet Diciplak Oleh Pihak Yang Nak Keuntungan Pantas

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Khairul Aming Luah Rasa Kecewa, Sambal Nyet Diciplak Oleh Pihak Yang Nak Keuntungan Pantas

Terkesan Dengan Berita Krew KRI Nanggala Yang Terkorban, Ustaz Ebit Lew Tampil Bantu Keluarga