in

Penagih Tak Dapat Motor, Ibunya Pula Dipukul

Hanya kerana permintaan tidak ditunaikan, seorang penagih dadah sanggup mengasari ibu kandung sendiri.

Sabtu lalu (4 Julai), lelaki 28 tahun ditahan polis Malaysia setelah menampar dan memukul ibunya dalam kediaman mereka di Jalan Kaki Bukit, Kangar, Perlis.

TAK DAPAT MOTOR

Gambar hiasan. Sumber: Autofreaks

Dalam kejadian pada kira-kira 5 petang itu, suspek dikatakan mengamuk setelah permintaannya untuk dibelikan motosikal baharu tidak dipenuhi ibunya.

Suspek selanjutnya menampar ibunya, 56 tahun, berkali-kali selain menyeret mangsa di lantai dan mengugut dengan kata-kata “mampus hang” (mampus kau).

Mangsa kemudian membuat laporan polis sebelum suspek ditahan di daerah itu pada 8 Julai.

Sumber: Berita Harian Malaysia

“Siasatan awal mendapati suspek yang tidak bekerja datang berjumpa ibunya dan meminta sejumlah wang bagi membeli motosikal baru,” kata Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew kepada Berita Harian Malaysia semalam (9 Julai).

“Mangsa bagaimanapun memaklumkan tidak memiliki wang, menyebabkan suspek menuduh mangsa berbohong dan bertindak menampar muka dan memukulnya pada bahagian kepala, kaki dan tangan.”

IBU TRAUMA

Sumber: Nami

Mangsa dikatakan telah menjalani rawatan di hospital setelah didapati mengalami kecederaan menyusuli kejadian tersebut. Meskipun kecederaan tidak serius, mangsa masih trauma dan ketakutan akibat perbuatan anaknya.

Suspek manakala direman empat hari mulai semalam.

Luahan wartawan: Tu lah dah high sangat sampai mak sendiri pun sanggup pukul. Kalau tak amek dadah, dah cukup dah duit untuk beli motor sendiri. Tak payah mintak mak belikan. Kenapalah sia-siakan hidup macam ni…

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

A Game Where All You Have To Do Is To Keep Your Finger On An App And Then Win USD25,000

PU Amin Marah Sajat Berbikini, Minta Boikot