in

Pemuda Cuba Memberikan Pernafasan Mulut Ke Mulut Kepada Neneknya Di Luar Hospital

Sumber: El Diardo de Nanchital

Demi kasih sayang, seorang pemuda sanggup menggadai nyawa sendiri untuk menyelamatkan neneknya.

SYAK NENEK POSITIF COVID-19

Setelah mendapati neneknya mempunyai simptom virus COVID-19, pemuda ini langsung mengatur rawatan neneknya di Hospital Besar Mexico, sementara neneknya ditinggalkan dalam kereta di tempat meletak kereta hospital berkenaan.

Namun, semasa pemuda itu pulang kembali ke keretanya untuk menjemput neneknya ke hospital, dia mendapati neneknya tidak sedarkan diri.

Sumber: El Diardo de Nanchital

CUBA SEDARKAN NENEK

Tanpa memikir panjang, pemuda ini melakukan pernafasan mulut ke mulut untuk menyedarkan neneknya, namun gagal.

Sumber: El Diardo de Nanchital

Malangnya apabila doktor tiba di tempat kejadian, neneknya disahkan meninggal dunia akibat COVID-19.

Sumber: El Diardo de Nanchital

Sama ada cucunya dijangkiti COVID-19 tidak dicatatkan.

Luahan wartawan: Selfless. Aku tak rasa aku sanggup risk my own health untuk tolong orang lain…I hope this guy is alright 🙂

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Chap Chai

Written by Chap Chai

Mat Tarzan Diberkas Tanam Pokok Ganja

Bros Gang TV Membuat Video Setia Atau Curang