in

Pemuda Bertatu Seluruh Badan Berhijrah, Ubah Haluan Hidup Dan Pilih Untuk Jadi Bilal Di Masjid

Seorang pemuda yang dahulunya hidup terkeluar daripada ajaran Islam, dipenuhi tatu di seluruh badan tetapi kini berubah setelah mendapat hidayah Allah.

Kisah penghijrahan pemuda tersebut dimuatnaik oleh seorang netizen di akaun aplikasi TikTok nya, @terdalam_ . Posting itu telah menjadi tular dan meraih lebih daripada 270,000 likes, 2000 komen, 3100 shares dan 6.2 juta tontonan.

Sumber: TikTok, @terdalam_

Di dalam video berkenaan, pemuda yang tidak dikenal pasti identitinya itu dilihat tampil memakai jubah putih dan serban di kepala sambil menunjukkan tatu yang penuh di seluruh muka dan tangannya.

Beliau menceritakan bahawa beliau pernah melarikan diri dari sekolah berasrama dan rumah ibu bapanya ketika beliau berumur 12 tahun dan hidup di jalanan.

Ketika itulah beliau mencacah tatu di wajahnya buat pertama kali dan seterusnya di belakang tubuh serta di bahagian tangan.

Namun begitu, apabila usianya 20 tahun, pemuda tersebut akhirnya kembali menemui keluarganya kerana dia ingin berubah ke arah lebih baik dan kini telah menjadi seorang bilal masjid.

Ruangan komen penuh dengan kata-kata pujian daripada netizen atas penghijrahannya dan ramai yang berdoa agar beliau dapat beristiqamah.

Sumber: TikTok, @terdalam_

Semoga apa yang dihajati dan dipilihnya dipermudahkan segala urusannya dan juga dikurniakan istiqamah dalam perjalannya.

Luahan Wartawan: Truly, Hidayah itu dimiliki Allah dan Dia berhak untuk memberikanNya kepada sesiapa sahaja. That is why, jangan sesekali pandang serong kepada orang bertatu ataupun orang yang mungkin tak sehaluan dengan agama. Because one day, if Allah wants to give him Hidayah, he will become better than us.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Tuas Lampost 1, Tiang Lampu Legend Penuh Sticker, Bakal Dikekalkan

Sweet Tahap ‘Next Level’, Lelaki Siapkan Google Form Untuk Keluar Dengan Wanita Ini