in

Pemangku Raja Pahang, Post Gambar Gerai Jalanan Di Instagram, Sekaligus Membantu Bisnes Mereka

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan seorang yang sangat berjiwa rakyat seperti ayahanda dan bondanya.

Sumber: Google Images

Keluarga diraja ini memang tidak pernah lokek berkongsi aktiviti seharian mereka di laman sosial ketika menyantuni rakyat-rakyat negeri Pahang.

Dalam satu perkongsian baginda hari ini di Instagram, Tengku Hassanal telah memuat naik gambarnya duduk bersama penjual air kelapa sambil mempromosikan gerai tersebut.

Sumber: Instagram – @this.7

Di dalam IG story Tengku Hassanal pula, baginda juga turut berseloroh dengan menyatakan bahawa baginda sedang melalukan kerja part time di gerai air kelapa tersebut.

Sumber: Instagram Story – @this.7
Sumber: Instagram Story – @this.7

Perkongsian santai baginda di media sosial mendapat perhatian netizen dan ramai meninggalkan komen yang positif.

Ramai yang memuji tindakan Tengku Hassanal yang sangat berjiwa rakyat apabila duduk di tepi jalan sambil mempromosikan gerai milik rakyat Pahang.

Sumber: Instagram – @this.7

Luahan Wartawan: What a breath of fresh air to truly see a royalty yang berjiwa rakyat. To see kerabat diraja who is willing to rub shoulders with rakyat marhaen goes to show that they’re humble and in touch with the common people.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Umie Aida Jaga Anjing Jalanan ‘Blackie’ Selama 5 Tahun Kerana Kesian Dengan Keadaannya

Khabar Kehamilan Siti Nurhaliza Diserang Netizen Biadab Yang Melukakan Hati