in

Pelanggan Viralkan Foodpanda Setelah Belanja Lebih $70, Makanan Tak Sampai, Duit Tak Dikembalikan

Pada 28hb Mei lepas, Puan Farhana telah membuat pesanan makanan dari kedai makan Tuk Tuk Cha di Hillion Mall menerusi aplikasi FoodPanda.

Sejurus selepas membuat pesanan, beliau menerima missed call pada jam 8.03 malam dan telah membalas panggilan tersebut pada jam 8.09 malam kepada penghantar makanan Foodpanda, penghantar makanan itu telah menyatakan bahawa dia tidak dapat menemui blok 467, rumah Puan Farhana di Segar Road.

Penghantar makanan itu memberitahu Puan Farhana akan lokasinya yang pada etika itu di blok 456.

Sumber: Google Maps

Memandangkan lokasi penghantar makanan itu dan blok Puan Farhana tidak begitu jauh, Puan Farhana langsung memberi arahan jalan ke blok beliau.

DITENGKING OLEH PENGHANTAR MAKANAN

Namun sekitar 3 minit kemudian, apabila beliau membuat panggilan kepada penghantar makanan FoodPanda itu, beliau dibalas dengan suara nada yang keras, memekik memarahinya, mengatakan “I CANNOT FIND YOUR BLOCK!”.

Langsung panggilan dimatikan dan pesanan Puan Farhana dibatalkan oleh si penghantar makanan.

Sumber: Facebook, Farhana Yusoff

Puan Farhana kemudian membuat pesanan baru menerusi aplikasi GrabFood, dan terus menerima pesanan makanan tersebut kurang dari setengah jam.

LEBIH MENGHAMPAKAN

Beliau kemudian dihampakan sekali lagi oleh pihak Foodpanda setelah mengirimkan e-mel kepada khidmat pelanggan lalu diberitahu bahawa syarikat besar penghantar makanan itu tidak dapat memulangkan bayaran beliau sebanyak $75.72 yang telah dibuatnya melalui credit.

Sumber: Facebook, Farhana Yusoff

Puan Farhana juga telah disalahkan oleh pihak khidmat pelanggan FoodPanda mengatakan bahawa penghantar makanan tersebut telah sampai dan telah menunggu di hadapan rumah beliau selama 10 minit, namun Puan Farhana tidak dapat dihubungi.

Pihak Foodpanda menjelaskan bahawa pulangan wang tidak dapat dilanjutkan atas kerana pengantar makanan telah cuba mencari lokasi beliau.

Sumber: Facebook, Farhana Yusoff
Sumber: Facebook, Farhana Yusoff
Sumber: Facebook, Farhana Yusoff

Puan Farhana telah meluahkan perasan kemarahan beliau di Facebook beliau yang telah mendapat lebih dari 600 likes, 567 komen dan 1.7 ribu shares.

Sumber: Facebook, Farhana Yusoff

REAKSI WARGANET

Pihak warganet turut meluahkan perasaan mereka terhadap FoodPanda, kebanyakkan yang menyatakan bahawa perkara ini adalah bukan yang pertama.

Sumber: Facebook, Farhana Yusoff
Sumber: Facebook, Farhana Yusoff

DAPAT DUIT KEMBALI

Selepas post Puan Farhana yang telah menular di Facebook, pihak Foodpanda telahpun menghubungi beliau dan memberitahu akan memulangkan semula bayaran puan Farhana sebanyak $75.72 dalam masa 7 hari.

Luahan Wartawan: Kalau kena gini, siapa tak marah kan. Bukan $10 atau $20, ini lebih dari $70 seh. Harap Puan Farhana dapat refund dan pihak Foodpanda boleh memperbaiki system yang ada sekarang.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Baihakki Dan Norfasarie Menimang Anak Ke-empat, Bintang-Bintang Antarabangsa Berkongsi Kegembiraan

Qatrina Yusri, 12 tahun, Penghidap Hereditary Spastics Paraplegia, Hembuskan Nafas Terakhir