in

Pelanggan Tak Terima Mee Siam Dengan Paru $7.50, Mee Siam CBD Lebih Murah Katanya

“Tak sedap, mahal, kurang ajar. Ridiculous.”

Begitulah reviu yang ditinggalkan Ziella Isa setelah membeli mi siam dari sebuah gerai menjual makanan Melayu di Canberra Street.

Gave makcik $10 for a bowl of mee siam + paru, takeaway, expecting it to be about $5.50 max. Mee siam and paru je…

Posted by Ziella Isa on Saturday, January 9, 2021

HARGA MI SIAM CANBERRA MENGALAHKAN  MI SIAM CBD

Berdasarkan pos Ziella yang dimuat naik di Facebook dua hari lalu, dia pertamanya menyuarakan harga “tidak munasabah” yang dikenakan untuk semangkuk mi siam bersama paru.

Mi siam ‘ridiculous’ bersama paru goreng yang dibeli dari kedai terbabit. Sumber: Facebook

Mengikut pengalaman Ziella membeli hidangan yang sama di kawasan CBD, ia bernilai kurang $5 justeru, dia membuat andaian bahawa kirimannya ini tidak akan melebihi $5.50.

Akan tetapi, dia terkejut beruk apabila menerima baki setakat $2.50 setelah menghulurkan $10 kepada mak cik yang bertugas di gerai berkenaan.

Ragu-ragu akan pengetahuan ilmu hisab mak cik tersebut, Ziella bertanya harga sebenar makanannya. Dengan biadabnya, kata Ziella, mak cik tersebut menjawab:

“Mee siam $4 + paru $3 + takeaway $0.50, so betul la $7.50.”

Bingit dengan perangai mak cik itu, Ziella menceritakan dia “angkat kaki jalan” dan berharap agar mi siam $7.50-nya itu sedap.

TAK SEDAP

Malangnya buat Ziella, mi siam yang dibelinya itu tidak sedap. Tambahnya, paru $3-nya “keras” dan “tidak hancur apabila dikunyah”.

JUMPA RAMBUT DALAM MI SIAM $7.50

Tidak cukup dengan rasanya yang bluek, paru yang liat dan khidmat pelanggan yang dingin, Ziella mendakwa terjumpa sehelai rambut dalam mangkuk mi siamnya.

Mi siam with extra topping. Sumber: Facebook

Hilang selera, Ziella berkata dia “menutup bekas tersebut lalu membuangnya ke dalam tong sampah”.

Geram, dia mengongsi peristiwa tersebut bersama ahli keluarganya dan daripada perbualan mereka, Ziella mendapat tahu bahawa abangnya pula pernah ternampak plaster dalam sambal goreng kedai berkenaan.

Sambal goreng plaster. Sumber: Carousell

Malah, seorang kenalannya pula pernah termakan plastik dalam juadah lontong yang dibeli dari kedai yang sama.

Perbualan Ziella bersama ahli keluarganya. Sumber: Facebook

PEGERAI TAK BERETIKA

Selain masalah-masalah yang dihuraikan tadi, Ziella juga menambah para pelayan di gerai tersebut tidak teliti dalam mengambil pesanan pelanggan.

Aku imagine muka servers dia macam ni lah. 

Sebelum ini, pelayan kedai tersebut sering memberikan kiriman sambal goreng yang salah kepadanya.

Nyata Ziella, dia juga pernah menyaksikan pelayan di sana naik angin dengan pelanggan mereka sedangkan pihak pegerai sendiri yang membuat kesilapan.

Misalnya:

“Customer depan aku tadi mintak nasi lemak tak nak telur, customer tu repeat order dia lagi, tapi akak hidangkan dia 2 biji telur. Bila customer tu cakap dia tak nak telur, akak membebel tunjuk perangai kat customer tu.

“Customer belakang aku pulak order mee rebus tak nak sayur, akak repeat order dia as lontong taknak sayur.

APE MASALAH WARUNG NI?” tulis Ziella.

Mungkin servers sana are not audiory learners?

Ziella, yang menyifatkan gerai tersebut sebagai “cock up”, juga berkata kesemua petugas “sangat bengis, biadab, tidak peramah dan tidak mahir dalam bidang perkhidmatan pelanggan.”

HAIRAN

Walau demikian, Ziella menyatakan bahawa garisan di sana sentiasa panjang.

Dengan itu, dia cuma berharap agar para pekerja di kedai tersebut sedar bahawa “pelanggan mereka ke sana hanya kerana mereka tiada pilihan lain” dan bahawa “dalam masa akan datang, kedai mereka boleh lingkup sekiranya ada kedai alternatif.”

Luahan wartawan: Betul-betul punya marah ye sis! All out dia kasi. Apa nak jadi dengan standard kedai Melayu ni…hais… Ituari pasal mamat yang serve makcik rudely. Ini mi siam berambut $7.50 pulak..Jual makanan tak sedap, tak bersih, service teruk, abeh letak price melambung. Mana standard piawaian kedai-kedai Melayu ni?

Aku tak pernah pergi situ but looking at the situation, it seems like that place is doing well merely because it’s the only available Malay/Muslim eatery in that area. Jangan take it for granted lah. Daripada orang nak support business kau, orang jadi benci pulak nanti.

Makcik ni semua nak kerja, kerja betul-betul. Kang nanti orang Canberra semua lari pergi A&W, cik tak buat duit tau cik. Saya dah tak tau lah nak cakap macam mana lagi….

And quick question: Mi Siam letak paru sedap eh? Tak macam clash ke rasa dia? Mohon pencerahan.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Drebar Taxi Viral Kerana Terlampau Baik, Pinjamkan Payung, Tolong Jaga Anak, Siap Beri Diskaun

Royal Rumble Di Lobi Lif, Polis Dilihat Cuba Mengawal Keadaan