in

Pelajar Viralkan Kenyataan Guru, “Jangan Rogol Yang Bawah 18, Korang Rogol Yang Atas 18”

Ain Husniza, seorang remaja 17 tahun mendedahkan guru lelakinya yang didakwa membuat jenaka rogol menjadi mangsa tohmahan dan ancaman daripada rakan sekolahnya.

Menurut Ain, gurunya itu membuat pernyataan yang kurang menyenangkan dalam perbincangan semasa kelas pendidikan jasmani.

“Kami bercakap tentang bagaimana undang-undang melindungi mereka yang bawah umur daripada penderaan dan gangguan seksual dan selepas itu dia kata ‘nanti korang nak rogol, jangan rogol yang bawah 18, korang rogol yang atas 18.”

“Kalau boys kena rape, it doesn’t get reported because the boys apparently sedap. (Kalau lelaki yang kena rogol ia tidak akan dilaporkan kerana mereka rasa sedap),”

Ain juga telah melaporkan guru tersebut kepada kaunselor sekolah tetapi jawapan yang diterimanya amat menghampakan.

Warganet memberi sokongan terhadap Ain kerana berani menyuarakan sebuah isu yang tidak patut menjadi sesuatu yang normal.

Tweet Ain itu menarik perhatian Maszlee Malik,bekas menteri pendidikan yang menegaskan tentang peranan seorang guru.

Salah satu kritikan yang lazim diterima Ain ialah beliau terlalu emosi dan sepatutnya cuba menyelesaikannya secara dalaman dengan sekolah.

Tetapi dalam temu bual dengan Malaysiakini, Ain, yang ditemani bapanya, berkata beliau ingin bersuara mengenai isu ini untuk menghentikan sesuatu seperti ini daripada berlaku lagi.

“Banyak yang telah berkata kepada saya, ‘Ain, bukan anda menjadi emosi, anda boleh menyelesaikan ini dengan sekolah. Saya tidak mahu perkara ini dinormalisasikan.”

“Saya mahu hukuman tegas dan untuk tindakan diambil terhadap guru itu (supaya) guru-guru lain di negara kita tahu ini bukan tingkah laku yang tidak boleh diterima. Saya perlu melakukan ini untuk setiap pelajar yang telah melalui sesuatu seperti ini,” katanya.

Ain juga menegaskan bahawa pendidikan membentuk negara dan bahawa pelajar yang tertakluk kepada persekitaran pengajaran seperti ini adalah orang-orang yang akan menjalankan negara pada masa akan datang.

“Apabila seorang budak lelaki umur saya begitu berani mengatakan bahawa dia akan rogol saya, apa yang anda fikir akan berlaku apabila dia menjadi dewasa satu hari nanti?’’

Luahan Wartawan: The grown men in the comments section disgusts me.

Stop policing what women wear and take accountability for rape jokes made in a space like a classroom. I see way too many men in the comments section talking about how women need to cover up more.

This happened in a classroom where students are wearing uniforms. She was wearing a baju kurung for goodness sake. Why are you sexualizing teenage girls? Sexual harassment is not a joke and your pedo tendencies are showing.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Lelaki Jepun Ini Beritahu Tarikh Lahir Berbeza Kepada 35 Temanita Untuk Dapat Hadiah Berbeza

Youtube Beow Tan Ditutup Kerana Langgar Peraturan Komuniti Youtube