in

Pelajar RI Flush $50, Samakan Duit Dengan Tisu

Tiga pelajar dari Institusi Raffles (RI) baru-baru ini didapati ‘bermain-main’ dengan wang.

CAMPAK DUIT DALAM JAMBAN

Menerusi Instagram Story, pelajar-pelajar ini merakamkan diri mereka mencampak sekeping nota $50 ke dalam jamban berisi najis sebelum mengepam.

Mereka turut menyamakan wang tersebut sebagai ‘tisu’.

Sumber: Instagram

LONTAR DUIT DARI ATAS BANGUNAN

Selain itu, pelajar-pelajar ini juga didapati membuang duit dari atas bangunan sekolah tersebut.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Menurut Mothership, kejadian ini berlaku pada 10 Jun di blok S. Rajaratnam kampus berkenaan.

Lihat perbuatan mereka di sini:

KENYATAAN RI

Sumber: Channel NewsAsia

Susulan peristiwa tersebut, RI menyatakan kepada Mothership bahawa mereka ‘kecewa’ melihat pelajar mereka membuang wang ‘secara cuai’.

Sebagai hukuman, ketiga-tiga pelaku telah ‘menerima nasihat tegas tentang sikap tidak sensitif dan keparahan perbuatan mereka’, dan akan dikenakan tindakan.

Ibu bapa pelajar-pelajar terbabit juga telah dimaklumkan tentang kejadian ini.

Menurut RI, para pelaku kesal atas perbuatan mereka.

“Kami yakin bahawa pelajar-pelajar kami akan belajar daripada kesilapan dan komited untuk mempertingkatkan tingkah laku mereka dalam masa akan datang,” catat RI.

Luahan wartawan: Bodoh punya budak-budak. Sia-sia masuk sekolah elite tapi fikir pakai jubo.

Hello $50 tu harga article ni okay. Kau kalau tanak tu duit transfer kat aku lah.

Orang lain susah payah kerja nak cari duit, korang sedap-sedap flush kencing dengan $50, buang duit merata. Dasar tak tau bersyukur.

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Perkosa Anak Didik, Pelatih Kompang Dipenjara 22 Tahun Dan Dirotan 24 Kali

Kanak-Kanak Main Atas Bumbung Bangunan 32 Tingkat