in

Pekerja Foodpanda Filipina Tular, Tunaikan Fardhu Sebelah Motosikal Sebelum Sambung Bekerja

Ketika musim pandemik COVID-19 kini, banyak negara terpaksa menutup masjid bagi mengekang penularan virus, maka langkah alternatif yang terpaksa diambil adalah solat di rumah sahaja, sama ada berjemaah bersama keluarga mahupun bersendirian.

Sumber: Facebook – Philipine Star

Namun begitu, gambar seorang pekerja FoodPanda sedang mendirikan solat di tepi jalan baru-baru ini telah menular di media sosial. Gambar itu dimuatnaik di lelaman Facebook Philipine Star dan telah meraihkan lebih dari 303,000 likes, 10,000 komen dan 86,000 shares.

Sumber: Facebook, Philipine Star

Posting tersebut berkapsyen,

“Seorang penghantar makanan Muslim berhenti sebentar di bahu jalan di Jalan Zobel, bandar Manila untuk mendirikan solat fardhu.Solat ialah rukun kedua dalam Islam, dilaksanakan sebanyak lima kali sehari dan diwajibkan ke atas semua Muslim.”

Sumber: Facebook, Philipine Star

Ruang komen posting ini dihujani komen positif daripada warganet yang rasa tersentuh terutama masyarakat Filipina sendiri.  

Sumber: Facebook, Philipine Star

Walaupun penat mencari rezeki di bawah panas terik mentari mahupun hujan lebat, lelaki itu tetap tegar menunaikan perintah wajib tersebut walaupun terpaksa solat di tepi jalan.

Mudah-mudahan lelaki ini dimurahkan lagi rezekinya berlipat kali ganda kerana menjaga solat fardhu seperti yang diperintahkan olehNya.

Luahan Wartawan: MashaAllah. Semoga Allah berikan abang ni ganjaran yang setimpal kerana tak lupa kewajipan untuk solat walaupun sebok berkerja. May this be reminder for us all as well, inshaAllah ameen! Tapi ingatla, nak solat kat luar jangan la sampai menyusahkan orang lain pulak.

Fuh macam heavy sikit eh peringatan tu. Okla lepas ni boleh join NJU la.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Chap Chai

Written by Chap Chai

Gaya Bernie Sanders Yang Bersahaja Tular Di Internet, Tiba-Tiba Menjadi Meme

Pekerja Sheng Siong Diberikan Bonus Kaw Kaw Sehingga 16 Bulan Ekoran Bisnes Baik