in

Pecah Tembelang, Isteri Sedar Suami Dalam Perjalanan Ke Rumah Skandal Dalam Nahas Sriwijaya Air

Tragedi pesawat Sriwijaya Air SJ 182 masih lagi menjadi topik perbualan ramai dan dihangatkan lagi apabila pecahnya tembelang seorang suami yang berbohong kepada isterinya.

Menurut laporan Padang Kita, seorang lelaki yang dikenali sebagai bos besar telah menipu isterinya dengan mengatakan beliau berada di pesawat tersebut ke Pontianak dari Jakarta atas tujuan perniagaan.

Sumber: Instagram

Namun beliau telah ke Bali bersama skandalnya untuk menyambut ulang tahun perhubungan mereka. Apabila kemalangan pesawat tersebut dilaporkan oleh media tempatan, lelaki tersebut terpaksa mengaku ke mana melencongnya beliau.

Pengguna Tiktok, Thojenk juga memuat naikkan kisah lucu tersebut dalam sebuah video sebagai pengajaran kepada mereka yang suka menipu dan menduakan pasangan.

Walaupun telah ditipu suami, dilaporkan isterinya tetap bersyukur kerana suaminya terselamat daripada nahas tersebut.

Warganet berseloroh dengan situasi lelaki tersebut.

Yang penting, secure apa yang hak la eh.

Kalau dah nasib nak mati tangan isteri, apa salahnya. Takdir tak boleh dilawan.

Besar kemungkinan dah mati pun, cuma tinggal nak kebumikan je. Mula-mula mesti bersyukur, tapi bila dah relaks dan fikir balik, he’d probably wished he died in the crash instead.

Sepandai-pandai tupai melompat, tersungkur juga akhirnya.

Luahan Wartawan: Kalau benar dia celebrate anniversary, dah lama la dia buat taik

Tu lah, kita merancang, Allah menentukan. Kau terselamat dari nahas kapal terbang tapi kau confirm nahas tangan bini, bang.

All the best.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Royal Rumble Di Lobi Lif, Polis Dilihat Cuba Mengawal Keadaan

Anak Melayu Hebat, Hantar Jenazah Cina Pulang Secara Percuma, Ketika Bapa Mendiang Tak Mampu Bayar