in

Paras Rupa Gadis Dikecam Ketika Buat TikTok Mekap, Warga Twitter Tampil Bersimpati

Seorang wanita dikecam kerana paras rupanya semasa sesi TikTok live. Beliau dihina oleh warganet toxic yang mengatakan rupanya seiras babi dan sebagainya.

Hadyna mengongsikan tangkapan skrin tersebut di Twitter dan memberikan pendapat beliau.

Perkongsian Hadyna tular di Twitter, meraih lebih 1.5 ribu retweets dimana warganet yang lain mengecam perbuatan netizen toxic terhadap pengguna Tiktok, sobahraja.

Sungguh biadap, mentang-mentang di belakang skrin, mulut puaka tak tau jaga sikit.

Pernah cermin diri tak? Kurang ajar.

Aku rasa otak kau kurang “brightness” kot.

Suka eh bahankan orang, satu hari nanti bila kena, koyak.

Apabila sobahraja cuba menjawab “haters” beliau dengan cara baik, mereka tetap menghentam beliau.

Nak buat lawak, cuba berhemah sedikit. Jangan suka-suka menghina makhluk Allah.

Walaupun kecaman yang diterima keterlaluan, sobahraja tetap meneruskan sesi live nya tanpa menghiraukan perangai mereka.

Ada di antara pengecam tersebut yang tampil ke hadapan meminta maaf kerana perbuatannya.

Namun sobahraja menjelaskan bahawa beliau tidak terkesan dengan kecaman yang diterima dan sudah pun memaafkan mereka.

Yuna juga turut memberi sobahraja kata-kata perangsang untuk menguatkan semangat beliau.

Budaya menghina rupa fizikal orang lain perlu dihentikan. Memang senang nak cyberbully tetapi ia mencerminkan tahap kematangan seseorang itu.

Luahan Wartawan: Musibot, mulut korang pe puaka eh lain level.

Ikut sedap mulut je kecam orang bagai. Tolong cermin diri sendiri sebelum nak menghina orang. Kau hina paras rupa orang, kau menghina makhluk ciptaan Allah.

Belakang skrin berani la korang mengecam. Aku benci bullies. Y’all are horrible human beings with issues you refuse to resolve within yourself. And it shows in your interactions.

You’re not savage, you’re fucking rude. Grow a pair and confront people if you’re really unhappy about something.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Cobra Berkeliaran Di Changi Business Park, Hampir Serang Individu

Tuas Lampost 1, Tiang Lampu Legend Penuh Sticker, Bakal Dikekalkan