in

“Pakai Mask Kat Dalam, Siapa Boleh Nampak?!” Wanita Berniqab Ditengking Pemandu Bas

Seorang muslimah setempat mendakwa dirinya telah ditengking pemandu bas Go-Ahead Singapore Pte Ltd pagi tadi (30 Januari) hanya kerana pelitup mukanya terselindung di sebalik niqabnya.

Sumber: Facebook

DIJERIT PEMANDU BAS

Maizura As’ari, 31 tahun, bersama tiga orang anaknya menaiki bas 12 di Pasir Ris Drive 6 untuk ke Pasir Ris CC bagi menerima anugerah ‘Edusave Merit Award’ anak bongsunya, 9 tahun.

Maizura bersama anak-anaknya di majlis Pasir Ris East Edusave Awards Ceremony pagi tadi. Sumber: Maizura As’sari

Namun, hari bahagianya berubah menjadi muram apabila pemandu bas terbabit, seorang wanita berumur, mula mengherdiknya.

“Saya sedang mengimbas kad ez-link apabila wanita itu menjerit sekuat-kuat hati ‘this one cannot wear!’ sambil menuding ke niqab saya,” kongsi Maizura kepada wartawan.

Mengerti bahawa pemandu tersebut mungkin menyangka dia memakai niqab untuk menggantikan pelitup muka, Maizura menyelak niqabnya sedikit untuk membuktikan bahawa dia tetap memakai pelitup muka, seperti mana yang dilakukan sewaktu diperiksa duta jarak selamat dan pegawai pengutatkuasaan.

Sumber: Maizura As’sari

Walau bagaimanapun, Maizura berkata pemandu tersebut terus mengherdiknya malah, turut menyuruhnya untuk memakai pelitup muka di luar niqabnya agar ia boleh dilihat.

EMOSI BERGEJOLAK

Meski terperanjat dan marah dengan sikap pemandu bas plat nombor SG1060H, Maizura dengan sabarnya mengulang bahawa dia memakai pelitup muka.

Sumber: Maizura As’sari

Akan tetapi, pemandu tersebut tidak henti-henti menjerit:

“Cannot put inside! Put inside who can see!”

Perbalahan tersebut cuma berakhir setelah Maizura menyoal kembali pemandu berkenaan:

“Who say cannot wear inside?”

Lanjutan itu, barulah pemandu tersebut diam dan mula memandu, “seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku”.

Walhal kata Maizura, penumpang-penumpang lain turut tidak senang melihat kelakuan pemandu terbabit.

TERASA DIAIBKAN

Baru berhijrah beberapa bulan lalu, Maizura berkongsi inilah kali pertama dia diperlekehkan sedemikian.

Sumber: Maizura As’sari

“Saya sangat terkesan. Saya tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan perasaan saya ketika itu. Tangan saya terketar-ketar dan saya tidak boleh menenangkan diri saya.

“Saya asyik bertanya diri saya…Kenapa dia tidak boleh bertanya dengan baik? Kenapa mesti pekik?” nyata Maizura.

Dalam pada itu, dia berharap agar orang ramai tahu bahawa niqab bukannya sesuatu yang dipakai semata-mata untuk menggantikan penggunaan pelitup muka.

Hal tersebut telah diadunya kepada Go-Ahead Singapore.

Plan B juga sedang menantikan perincian lanjut daripada pihak mereka.

Luahan wartawan: Aiyo aunty like this also can become problem ah? She wear already what that’s all that matters. Wear inside or outside also no difference either way she’s not spreading her germs what aiyoooo. Pity her lah aunty. You shout at her in public like that she very malu you know.

Haiya. Maybe aunty ni terkejut sebab tak pernah nampak orang pakai niqab agaknya. Tapi tulah, kan boleh tanya baik-baik. Dia dah tunjuk lagi apa lu mau aunty. Must talk nicely lah aunty…Later people don’t want to take your bus then you know. We all take SBS.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Chap Chai

Written by Chap Chai

Bishop Gordon Wong Kirim Surat Kepada Habib Hassan, Mengutuk Perancangan Pengganas

Syarikat Bas Go Ahead Meminta Maaf, Kapten Bas Yang Mengherdik Wanita Berniqab Sudah ‘Dinasihati’