in

Nora Danish Dan Tiz Zaqyah Antara Yang Terkena Jangitan Kovid-19

Keadaan makin runcing apabila Tiz Zaqyah dan Nora Danish disahkan positif Covid 19 empat hari menjelang Syawal.

Dua pelakon jelita itu berkongsi berita dijangkiti wabak berkenaan melalui hantaran di Instagram (IG) masing-masing.

Sumber: Instagram, tiz.zaqyah

Tiz Zaqyah menerima salam sayang dan doa-doa agar beliau cepat sembuh daripada rakan-rakan sekerja.

Warganet juga memberikan kata-kata semangat terhadap pelakon kesayangan mereka.

Sumber: Instagram, @noradanish

Rakan-rakan selebriti termasuk Shukri Yahya, Nadiah M Din dan Sharnaz Ahmad mendoakan yang terbaik buat Nora.

Nora Danish juga menerima doa-doa dan salam sayang daripada warganet.

Tiz mengesahkan sedang menjalani tempoh kuarantin 10 hari di rumah, bermula hari ini. Beliau mengaku mengalami batuk-batuk dan menggigil sejak beberapa hari lalu.

“Saya diminta menjalani kuarantin di rumah. Doakan saya dan keluarga selamat serta baik-baik sahaja. Hendak raya, dapat berita begini. Saya tidak mampu melawan kehendak takdir. Nampaknya, kena beraya dalam keadaan yang tidak menyeronokkan,” – Tiz Zaqyah.

“Jadilah rakyat bertanggungjawab dengan pergi membuat pemeriksaan. Jangan ambil mudah dan tanpa sedar memberi risiko kepada orang lain,” katanya.

Nora pula difahamkan membuat ujian calitan kerana mempunyai kontak dengan seorang individu yang dijangkiti. Beliau sepatutnya menjalani suntikan pertama vaksin pada hari ini.

“Keputusan pagi tadi mendapati saya positif walaupun tiada sebarang simptom. Sekarang Nora kuarantin sendiri dalam bilik agar anak-anak dan suami selamat.” – Nora Danish

Nora menasihatkan individu yang bertemu dengannya antara 4 hingga 8 Mei lalu membuat ujian calitan.

Luahan Wartawan: Tu lah, act drama title Covid Oh Covid, terus terkena jangkitan. Aduhh..

Jokes aside, ni baru artis tercontoh dan bertanggungjawab.

Pergi check diri sendiri bila sakit ke ada contact dengan suspected case. Bukan pergi merentas negeri, pergi keramaian bila tak perlu.

Kita doakan yang terbaik buat mereka berdua. May He grant them healing.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Lim Ah Boy, TAQ Wealth, Usrah Kita, Sumbang Lebih $25,000 Kepada Madrasah Percuma Nur Insan

Podcast Empat Bapa Pecahkan Cengkaman Algorithm, Kembali Nombor Satu Di Spotify