in

Niat Kejut Kawan Untuk Bangun Subuh, Lain Pula Yang Menyahut

Niat untuk mengejut sahabatnya bagi sembahyang fardu bertukar menjadi kejadian menggerunkan.

SUBUH YANG ANEH

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Wan Nurfarhana acap kali menelefon rakan baiknya, Nurfatihah, untuk mengejutnya bagi menunaikan solat Subuh.

Namun Rabu lalu (17 Jun), sesuatu yang janggal berlaku ketika Nurfahana, 17 tahun, menelefon Nurfatihah.

“Pertama kali saya telefon, tiada jawapan.

“Panggilan kedua pun begitu juga.

“Kali ketiga, dia angkat lalu berkata ‘aku dah bangun’ dalam suara garau, seperti suara lelaki dewasa,” catat Nurfarhana di Twitter (@nurhanaahh) pada 19 Jun (Jumaat).

Tambahnya, kejadian yang serupa juga berlaku pada 18 Jun (Khamis).

Untuk menyedapkan hatinya, Nurfarhana berkata, dia sekadar menganggap suara itu sebagai suara ‘baru bangun tidur’ kawannya.

PENGAKUAN NURFATIHAH

Akan tetapi, segala andaiannya menjadi misteri susulan perbualannya dengan Nurfatihah pada petang Khamis.

Menerusi sebuah mesej kepadanya, Nurfatihah berkata:

‘Sorry, semalam aku tidur luar lepas tu phone aku tertinggal dalam bilik. Aku tak sedap hati tidur dalam bilik semalam.’

Terganggu dengan kiriman tersebut, Nurfarhana menelefon Nurfatihah pada malam Khamis untuk menceritakan hal yang dilaluinya.

“Malam itu, saya ceritakan segalanya kepada Nurfatihah.

“Tiba-tiba, tingkap Nurfatihah diketuk. Memang jelas kedengaran.”

TERUS DIGANGGU

Mulai kejadian itu, Nurfarhana memberitahu mStar bahawa rakannya kerap diganggu.

“Dia selalu dengar macam bunyi orang berjalan atas siling rumah.

“Benda itu berlaku hampir setiap malam.

“Bila saya telefon dia, saya sendiri pun boleh dengar bunyi itu.

“Memang menakutkan. Saya rasa mungkin rumah sewa kawan saya ada penghuni lain.”

Luahan wartawan: Subuh seram.

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Bayaran 2 Ringgit Untuk Tulis Artikel 1500 Perkataan

Dicabul Oleh Rakan Bapa Sendiri