in

Ngeri, Kanak-kanak Sabah Bersahaja Mandi Sungai Bersama Dengan Buaya

Di sebuah sungai di Sabah, sekumpulan kanak-kanak dirakamkan bermandi-manda dengan seekor buaya.

Berdasarkan video, kanak-kanak tersebut  tampak ceria bermain dengan buaya berkenaan dan tiada perasaan takut pun yang menyelubungi diri mereka.

Contohnya pada saat ke-24, buaya tersebut kelihatan membuka mulut.

Namun, kanak-kanak wanita dalam video itu dengan selambanya meletakkan tangan dalam mulut buaya, lalu mengheret buaya itu untuk selam bersama-sama.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut diawasi oleh tukang rakam, yang kedengaran memesan mereka agar “jangan ketawa”.

Namun demikian, perakam tidak menghuraikan mengapa mereka tidak dibenarkan untuk ketawa.

REAKSI WARGANET

Tular dengan 25.2 ribu retweets di Twitter, ramai warganet tidak dapat brain situasi tersebut.

Disebabkan kelakuan aneh buaya tersebut, warganet menimbulkan spekulasi bahawa buaya itu sedang melalui tekanan atau mungkin, seekor vegetarian.

Segelintir pula simpati terhadap buaya berkenaan kerana maruahnya sebagai seekor binatang buas tercalar oleh kanak-kanak riang itu.

Bagaimanapun seorang warganet berpendapat, bermain dengan buaya tidaklah seseram berbanding bermain dengan buaya darat.

Renung-renungkanlah.

Luahan wartawan: Lah macam tak ada binatang lain gitu….Mainlah dengan kucing.

But I guess kat daerah perkampungan macam ni, buaya is nothing to them. Ibarat guppy gitu.

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Chap Chai

Written by Chap Chai

Isteri Carikan Calon Untuk Dimadukan

RM30,000 For Qurban Rites Done With Wagyu