in

Netizen Terkesima Dengan Suara Merdu Dan Bacaan Baik Zizi Kirana, Kini Dengan Imej Berhijab

Bintang rap Zizi Kirana sebelum ini sering dikecam kerana imejnya yang seksi dan berani. Namun begitu, perkongsian beliau baru-baru ini di aplikasi TikTok di akaunnya sendiri, @kir4n4,  menjadi perhatian ramai apabila video itu memaparkan dirinya sedang membaca Al-Quran dengan lancar sekali.

Posting itu telah meraih lebih daripada 120,000 likes, dan 2500 komen dan 3500 shares.

Sumber- TikTok, @kir4n4

Di dalam video itu, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, dikelihatan berpakaian serba hijau lengkap dengan tudungnya. Menurut kapsyen posting nya itu, ini adalah pertama kali beliau tampil mengaji di kaca televisyen.

Meskipun begitu, penyanyi itu dilihat langsung tidak kekok dan ramai yang terpesona dengan kemerduan suara Zizi bertaranum.

Beliau juga bakal muncul menerusi sebuah program Rahsia Ramadhan yang akan ditayangkan pada bulan puasa nanti.

Ruang komen posting nya itu dihujani pujian daripada netizen kerana kemerduan suaranya dan juga doa-doa agar beliau istiqamah.

Sumber: TikTok, @kir4n4

Beberapa netizen juga berkata bahawa Zizi pernah mengajar mengaji satu ketika dahulu namun, tiada kata rasmi dari pihak Zizi Kirana sama ada ia benar atau tidak.

Sumber: TikTok, @kir4n4

Semoga apa yang dihajati dan dipilih oleh Zizi Kirana dipermudahkan segala urusannya dan juga dikurniakan istiqomah dalam perjalannya.

Luahan Wartawan: MashaAllah, what a beautiful change she is going through. Bacaanya pun waduh, merdu sangat. Tapi dari bacaan and kelancaran boleh tau that Zizi is someone who often reads the Quran. Semoga Allah mempermudahkan perjalanannya ini, inshaAllah ameen!

P.S. Agaknya video Zizi ngaji ni editor PlanB da replay brape banyak kali eh? Zizi ni kan favourite dia. Oops.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Netizen Semakin Bosan, Benda-Benda Merepek Dimuat Naikkan Untuk Dijual Di Carousel

Tular, Wanita Buang Saka Kedalam Sungai Menimbulkan Amarah Netizen