in

Netizen Berbelah Bagi, Trend Lelaki Memperagakan Beg Mewah Semakin Berleluasa

Trend lelaki membawa beg tangan mewah Hermes kian kerap dilihat di seluruh dunia walaupun jenama ini pada asalnya direka untuk kaum wanita.

Meninjau laman Instagram @birkinclub4boys, lebih 2 ribu pos mempamerkan kaum Adam bersama koleksi beg Hermes mereka telah dimuat naik.

Sumber: Instagram, @birkinclub4boys
Sumber: Instagram, @birkinclub4boys
Sumber: Instagram, @birkinclub4boys
Sumber: Instagram, @birkinclub4boys

Walaupun peragaan sedemikian semakin berleluasa, masih terdapat golongan yang berasa janggal melihat lelaki membawa beg tangan.

Meninjau ruangan komen Channel NewsAsia, terdapat pembaca yang merasakan berpendapat bahawa lelaki yang membawa beg tangan “bukan lelaki tulen”.

Walau bagaimanapun, terdapat juga kelompok yang menyokong trend ini.

Meski reaksi daripada warga am bercampur-baur, ia pastinya tidak menghindar penggemar jenama Hermes daripada terus menggayakan beg tangan mewah ini.

Menurut laporan Channel NewsAsia, koleksi The Shadow Birkin dan Birkin Cargo merupakan reka yang digilai ramai lelaki.

Difahamkan, ketiadaan perkakasan seperti kancing pada koleksi The Shadow Birkin merupakan faktor yang digemari kaum lelaki.

The Shadow Birkin. Sumber: Sotheby’s

Manakala Birkin Cargo pula, yang diperbuat daripada kanvas, disukai ramai kerana ia ringan dan mempunyai banyak poket.

Birkin Cargo. Sumber: Hermes.

Jika anda seorang lelaki, pernahkah terlintas di fikiran anda untuk membawa beg tangan?

Luahan Wartawan: The only bag I carry are eyebags 😵‍💫 But if aku boleh afford, why not kan? Duit banyak-banyak buat apa kalau tak flex hehe. I mean, the guys look good siak carrying the bags. And I actually find it weird. Why is it bila perempuan pakai baju lelaki, bawak bags meant for guys etc, the society tak cakap apa-apa. Tapi part lelaki gunakan produk wanita, terus semua menggelabah. Lek ah. Bag jer pun.

Listen to Plan B’s Podcast this week!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Kemahiran Paling Penting Dalam Dunia Kini? Belajar Cakap Depan Kamera – Khairul Aming

Heartwarming Photo Capture of Differently Abled Syrian Father-Son Duo Wins SIPA 2021