in

Nenek 51 Tahun Melahirkan Cucunya Dengan Menjadi ‘Surrogate Mother’ Anaknya Sendiri

Pelik tapi benar. Seorang nenek berumur 51 tahun di Chicago, Illinois, Amerika Syarikat telah melahirkan cucuya sendiri selepas menjadi ibu tumpang untuk anak perempuannya. Julie Loving, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 2 November lalu.

Sumber: Instagram, @ivf.surrogacy.diary

Begitulah pengorbanan seorang ibu yang tidak cukup penat mengandung dan melahirkan anak perempuannya satu ketika dahulu , kini beliau sanggup berkorban untuk mengandungkan cucunya walapun sudah berusia lanjut 51 tahun.

Sumber: Instagram, @ivf.surrogacy.diary

Anak perempuannya yang berusia 29 tahun itu, Breanna Lockwood kongsi perjalanan kehamilan ibunya di lelaman sosial media Instagramnya.

Sumber: Instagram, @ivf.surrogacy.diary

Menurut Breanna, dia telah mengalami beberapa kali keguguran sehingga beliau bersama suaminya berhasrat untuk melalui rawatan IVF untuk mendapatkan zuriat. Namun, kondisi kesihatan Breanna tidak mengizinkannya membuat rawatan itu. Beliau menghidap Sindrom Asherman yang merupakan masalah luka yang berlaku di dalam rahim.

Doktor cadangkan kepada Breanna dan suami untuk mengambil ibu tumpangan dan ibunya sendiri tampilkan diri kehadapan untuk menjadi ibu tumpangan bagi cucunya kerana beliau teringin menimang cucu dan pada masa sama, mahu membantu anaknya mendapatkan anak.

Namun mujurlah, segala proses kelahiran berjalan lancar dan keluarga mereka kini lebih bahagia dengan kehadiran orang baru.

Luahan Wartawan: It’s true when people say that a mother’s love for her kids knows no boundaries. It goes to show how much she loves her daughter. Sanggup korbankan diri and bertarung nyawa once again just for her daughter.

Cuma yang confuse ni nanti budak tu da besar, nak panggil apa eh? Nenek ke Mother?

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Chap Chai

Written by Chap Chai

Aplikasi Terbaru Neelofa, TheNoor Berazam Untuk Mengambil Alih Tempat Muslim Pro

Truck Comel KFC Ini Dapat Menyediakan Makanan Dimana-Mana, Tanpa Pekerja Dan Pemandu