in

Nadiah M. Din Mengesahkan Hamil Anak Ketiga

Pelakon dan pengacara tanah air, Nadiah M. Din, mengesahkan beliau hamil anak ketiga.

Menerusi Instagram sebentar tadi, selebriti 31 tahun ini mengumumkan bahawa beliau dan suami, Bilal Jeanpierre, bakal menimang cahaya mata mereka awal bulan Disember ini.

Sumber: Instagram, @nadiahmdin

Kongsi Nadiah, kehamilannya kali ini “tidak begitu mudah” kerana ia “kerap membuatnya muntah-muntah”.

Namun begitu, beliau cekal “menantikan hari-hari yang lebih baik”.

REAKSI WARGANET

Turut gembira buat Nadiah ialah personaliti-personaliti terkenal. Antara mereka termasuk Hannah Delisha dan Huda Ali.

Sumber: Instagram, @nadiahmdin

Ada pula yang terhibur menonton cara Nadiah mengongsi pengumuman beliau, iaitu sebagai seorang pembaca berita.

Sumber: Instagram, @nadiahmdin

THE POUPONS

Terdahulu, Nadiah diijabkabulkan pada 14 Ogos 2016.

Sumber: Instagram, @nadiahmdin

Pada 2017, beliau dan suami dikurniakan seorang anak lelaki, Nahyan Bilal Jeanpierre, dan pada 2019 pula, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Inaaya Bilal Jeanpierre.

Sumber: Instagram, @nadiahmdin

Keluarga Plan B mengucapkan tahniah buat Nadiah dan Bilal! Semoga segala urusan berjalan dengan lancar <3

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Syatilla Melvin Tunjukkan Koleksi Baju Tidur Seksi Sambil Marketing Jamu, Netizen Mengamuk

Lelaki 68 tahun, Dibiarkan Berlumuran Darah Setelah Dilanggar Penunggang Basikal