in

Lima Dibunuh Individu Bersenjata Di Masjid Zamfara, Nigeria

Lima orang terkorban dan 40 orang lagi telah diculik di satu serangan di sebuah masjid di Zamfara, Nigeria. Kejadian ini terjadi ketika mereka sedang menunaikan solat Jumaat. Jurucakap polis juga mengatakan bahawa imam masjid berkenaan adalah salah satu orang yang diculik.

Kejadian itu berlaku ketika imam masjid tersebut sedang menyampaikan khutbah Jumaat. Kira-kira 100 individu yang menaiki motosikal menyerang dan melepaskan tembakan kearah Jemaah masjid.

Pihak polis telah pun menghantar pasukan keselamatan ke tempat kejadian dan kini sedang menyiasat atas kejadian ini.

Kawasan Zamfara ini penuh dengan penjenayah yang sering menyerang kampung, mencuri lembu dan menculik orang untuk mendapatkan wang tebusan serta membakar rumah dan mencuri bekalan makanan.

Kumpulan penjenayah ini menetap di kem di hutan Rugu yang melintasi negara Katsina, Zamfara, Kaduna dan Niger, di mana mereka melancarkan serangan.

Semua percubaan untuk berunding secara damai bersama pihak berkuasa tempatan telah gagal untuk menamatkan sembarang serangan.

Buat masa kini, pihak berkuasa percaya bahawa penjenayah ini bertindak mengikut kehendak sendiri dan tidak berkaitan dengan kumpulan-kumpulan pengganas seperti Boko Haram.

Sumber: Google Images

Luahan Wartawan: Syukur Alhamdulillah this is not something that is normal here in Singapore. Or in this region to be exact. Just imagine having to solat in fear that some criminals might just rush in, open fire and kidnap you for ransom. Even the Tok Imam also issn’t spared!

May those kidnapped be returned to their families safely and inshaAllah Jannah awaits the 5 jemaah who are martyred during their parents. InshAllah ameen!

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

IKEA Showroom Ada Sejadah, Netizen Memberikan Reaksi Positif

The Undertaker Umum Bersara, Wartawan Kami Menangis Sambil Tulis Artikel Ini