in

Lim Ah Boy, TAQ Wealth, Usrah Kita, Sumbang Lebih $25,000 Kepada Madrasah Percuma Nur Insan

Kempen mengumpul dana untuk Nur Insan masih lagi menerima sokongan hangat daripada masyarakat walaupun telah mencecah matlamat asal $200k.

Qayyim Isa, Lim Ah Boy dan Usrah Kita adalah di antara penyumbang yang memberi dengan hati dan tangan terbuka.

Sumber: Instagram, Dzar Ismail

‘’Ini boleh kasi budak Belajar, wa banyak happy.” – Lim Ah Boy

Lim Ah Boy memberikan sumbangan sebanyak $8888 untuk menolong pelajar-pelajar madrasah di bawah naungan Nur Insan.

Warganet memberikan sokongan positif terhadap sumbangan beliau.

Qayyim Isa daripada Taq wealth associates merupakan antara penyumbang pertama yang menderma jumlah sebanyak $10 000 kepada dana madrasah percuma Nur Insan.

Sumber: Instagram, Dzar Ismail

Sumbangan beliau diterima dengan sukacita oleh Nur Insan dan warganet juga mendoakan yang terbaik buatnya.

Usrah Kita adalah sekumpulan kawan yang cuba menghidupkan pengajaran Al Quran dalam hidup seharian mereka. Sebagai collective, mereka berusaha untuk mengumpulkan dana dari kenalan dan juga keluarga.

Sumber: Instagram, Dzar Ismail

Kami berbual dengan Zubaidah selaku wakil Usrah Kita tentang motivasi mereka untuk menyumbang kepada dana madrasah percuma Nur Insan.

“Ia bermula dengan keinginan untuk mendorong antara satu sama lain untuk berbuat baik demi Allah. Kami memilih Nur Insan kerana tersentuh dengan misi mereka untuk memberikan pendidikan Islam secara percuma kepada kanak-kanak yang memerlukan.”

“Kami berterima kasih kepada kaum keluarga dan teman-teman yang sudi menyokong dengan menderma terhadap tujuan yang mulia.”

“It is indeed a special Ramadan for us this year, seeing how small deeds can make a difference and we hope we all can continue to do so in many more moments to come.”

Usrah Kita menyumbangkan sebanyak $7017 kepada dana madrasah percuma Nur Insan.

Luahan Wartawan: At time of writing, we have collected over $270k in funding for Nur Insan.

The campaign is ongoing till a few days after Raya. I feel it is possible to give more to an amazing cause like the free madrasah run by Nur Insan. Aside from the physical classes, they are also offering cloud madrasah where lessons are easily accessible for students who are not able to attend the madrasah.

As we all know, it is not easy to come up with online materials because it takes a lot of effort as well as money to maintain it.

Can we hit 300k as a collective? I believe we can.

Pemberian kita kepada pembelajaran ukhrawi kanak-kanak ini akan menjadi saham akhirat kita, insha Allah.

Lungsuri, www.nju.sg/donate

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Pesakit Terpesona Dengan Doktor Cantik Sampai Tak Nak Balik

Nora Danish Dan Tiz Zaqyah Antara Yang Terkena Jangitan Kovid-19