in

Lepas Ambil Vaksin, Terus Hiburkan Frontliner, Jamal Abdillah Buat Persembahan Spontan

Penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah dilihat sangat candi apabila membuat persembahan kejutan di salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin di Selangor kelmarin (10 Julai), sejurus selepas menerima suntikan Pfizer pertamanya di sana.

Mendendangkan lagu “Kekasih Awal dan Akhir”, Datuk Jamal, 62 tahun, menyampaikan lagu tersebut sebagai tanda penghargaan buat petugas barisan hadapan yang bekerja berhempas-pulas untuk mencegah penularan virus COVID-19 di Malaysia.

Di samping itu, Datuk Jamal turut meluangkan masa dua jam bersama kakitangan di pusat vaksinasi berkenaan untuk memberikan kata-kata semangat dan ucapan tahniah atas usaha mereka.

REAKSI WARGANET

Persembahan ikon ini bukan sahaja mendapat sambutan gah daripada petugas barisan hadapan dan penerima suntikan di pusat vaksinasi tersebut.

Malah, ia turut menghiburkan hati warganet di Instagram yang tidak puas dengan persembahan singkat Datuk Jamal.

Warganet turut terkesima dengan lantunan lunak Datuk Jamal serta penampilannya yang kekal sachok meski sudah lanjut usia.

Walau bagaimanapun di Facebook, warganet menganggap persembahan Datuk Jamal sebagai taktik untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada mengingati kesilapannya melanggar undang-undang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Warganet Facebook turut mempertikai tindakan penyanyi veteran ini yang membuka pelitup mukanya sewaktu bernyanyi.

Meski dikutuk, Datuk Jamal Abdillah pastinya kekal sebagai antara penyanyi yang disegani dan disayangi ramai.

Second dose jangan lupa ye, Datuk.

Luahan Wartawan: I stan walaupun dia keluar untuk makan durian masa PKP. Kau tengok, dia dah tua tapi rilekkk jer kene inject. Boleh siap nyanyi lagi, happykan orang lain.

Aku ituari annoyed gila masa pergi first dose. Ada this lady belum apa-apa dah “AHHH AHHH AHHH” sampai tu nurse pun fed up aku rasa sebab aku heard him saying “RELAX RELAX” 😫 Pergi vaccine tak sakit gais. Just take a deep breath and before you know it, it’s over. Be like Jamal Abdillah. Jamal Abdillah chill.

And please kalau belum pergi vaccine, tolong pergi.  For the sake of the nation, I beg you. Aku nak remove this mask already sesak nafas aku kau tau tak 😮‍💨

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Chap Chai

Written by Chap Chai

hash.peace Combats Racism and Toxic Online Discourse, Curates Series of Open and Respectful Discussions

UK’s McDonalds Version Of McSpicy Comes With Milk, For Those Who Cannot ‘Tahan’