in

Lelaki Ini Atasi Keseganan Dan Membeli 100 Tuala Wanita Untuk Wanita Yang Memerlukan

Mohamad Farid, seorang lelaki dari Pulau Pinang membelikan 100 pek tuala wanita buat kaum wanita yang memerlukan dan menyebarkan kesedaran bahawa lelaki juga boleh membantu wanita membeli barangan keperluan ini.

Pada 5 Februari lalu, Mohamad Farid yang berusia 32 tahun menyiarkan gambar di Twitter dirinya dan sebuah troli yang dipenuhi brim dengan pek tuala kebersihan.

“Ok dah. Pengalaman buat kali pertama dalam hidup saya. Ia agak menyegankan pada mulanya, tetapi saya beranikan diri,” katanya dalam tweetnya. 

“Ini demi membantu wanita di luar sana sepanjang musim PKP.”

Warganet mengalu-alukan sumbangan Farid itu dan memberinya semangat. 

Tu lah, tak faham kenapa beli pad je lelaki naik segan. 

Syabas. 

Pengasas Pertubuhan Ziarah Amal Kampung To Kampung (K2K) itu berkata, beliau membeli tuala wanita itu untuk disumbangkan kepada gelandangan, ibu tunggal dan golongan kurang berkemampuan di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Katanya, sebanyak 100 pek pad dibeli menggunakan sumbangan orang ramai dan telah diagihkan kepada penerima pada 7 Februari lalu.

“Ini kali pertama saya mengambil inisiatif membeli dan menderma tuala kebersihan,” katanya kepada Harian Metro.

“Sebelum ini, saya melihat individu lain melakukannya tetapi dalam kalangan wanita. Jadi saya mengambil inisiatif untuk melakukannya kerana saya sedar ia adalah keperluan untuk semua wanita.”

Tambah Mohamad Farid, ia adalah pengalaman pertamanya membeli tuala kebersihan dan akui bahawa beliau malu pada mulanya. 

“Terutama sekali kerana saya membelinya dalam kuantiti yang banyak, beberapa individu kelihatan terkejut apabila berada di premis tersebut,” katanya.

“Namun, niat asal saya adalah untuk membantu wanita yang memerlukan, terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi saya ketepikan rasa malu. Proses pembelian adalah mudah kerana saya dibantu oleh rakan wanita yang pergi membeli-belah bersama-sama dengan saya.”

Tambahnya, beliau berharap dapat terus melakukan perkara ini pada masa akan datang dan berharap inisiatifnya itu menjadi inspirasi kepada individu lain di luar sana, terutama golongan lelaki.

“Saya percaya banyak NGO di luar sana giat mengumpul dan menyampaikan sumbangan, jadi tuala wanita boleh menjadi salah satu barangan yang disumakkan kepada penerima selain barangan keperluan asas,” katanya.

Luahan Wartawan: There is a stigma surrounding men buying pads even today thanks to the idea that men are not supposed to know how a woman’s reproductive system works. 

However, aku salute brother ni. Bukan senang nak overcome that.  More men should take a leaf out of his book. 

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Chap Chai

Written by Chap Chai

China Cadangkan Rombakan Untuk Pupuk Kejantanan Pelajar Lelaki Yang Semakin Merundum

Shuk Tawan Hati Isteri Selepas Skandal, Hantar Rombongan Meminang Untuk ‘Nikah’ Kembali