in

Lelaki Diburu Polis, Rakam Video Dera Anak, Pijak Leher

Seorang lelaki sedang diburu oleh pihak polis Tawau apabila video beliau sedang memijak dan mengancam 2 orang anaknya tular.

Berdasarkan video dan gambar yang dimuat naikkan, kedua-dua anak kecil itu dilihat menangis dalam kesakitan dan ketakutan. Suspek juga dipercayai telah merakam perbuatannya itu sendiri.

Warganet memberikan reaksi marah terhadap perbuatan lelaki tersebut.

Ada juga yang mementingkan nasib anak-anak kecil itu.

Suspek dikatakan mempunyai masalah rumah tangga dan baru sahaja bercerai dengan isterinya. Beliau dipercayai telah membawa lari anak-anaknya daripada bekas isterinya.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas mengesahkan pihak mereka telah menerima laporan berkaitan kejadian itu.

“Sejurus menerima laporan, sepasukan pegawai dan anggota dihantar ke lokasi kejadian namun suspek sudah tiada di premis tersebut. Dia kini dipercayai bersembunyi dengan membawa dua anaknya itu,”

Kes masih dalam siasatan.

Luahan Wartawan: The mental state of someone who just went through a divorce can be scary especially if there are children involved.

Many times, children become pawns in battles between the couple. It is not right.

Anak adalah amanah, jangan memperlakukan sedemikian pada mereka. Apa salah dorang dalam penceraian korang?

Kan darah daging kau jugak, sanggup kau pijak anak kau macam tu? Maybe she was right in leaving you because your behavior towards your children is worse than an animal.

Hopefully the police find the children in time.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Iklan Raya Promosikan Judi Dikecam Warganet, Pelakon Video Menggelupur Mintak Maaf

Polis Bantu Biawak Seberang Jalan