in

Kurang Upaya Bukan Penghalang, Buka Khidmat Penghantaran Sendiri

Sumber: Mothership

Berakit-rakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Walaupun tidak dapat menggunakan kedua belah kakinya sejak umur yang amat muda, beliau tetap gigih untuk berdikari dan mencari rezeki.

Mohamed Zahid bin Yassin merupakan kourier eksklusif kerana menggunakan kerusi roda untuk menghantar barangan di seluruh Singapura. Beliau dilahirkan dengan spina bifida, sebuah deformasi dimana tulang belakangnya mengalami kerosakan saraf yang membuatnya sukar untuk berjalan kerana tidak dapat merasakan sensasi di kakinya.

Sumber: Facebook, Ayeed The Courier

Ayeed the Courier ditubuhkan 5 tahun yang lalu apabila Zahid mengambil keputusan untuk menyokong dirinya apabila beliau sering jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke dalam hospital. Ini menghalang keupayaanya untuk meneruskan kerja sepenuh masa.

Sumber: Facebook, Ayeed The Courier

Sokongan daripada warganet menjadi pendorong.

Sebelum ini beliau bekerja sepenuh masa sebagai pembantu tadbir dan wakil khidmat pelanggan setelah menamatkan pengajian di ITE College Central.

Ayeed the Courier menawarkan khidmat penghantaran barangan bersaiz kecil hingga sederhana memandangkan beliau menggunakan kerusi roda dan menaiki pengangkutan awam. Ini termasuk bungkusan makanan, pakaian dan dokumen.

Zahid menawarkan khidmat penghantaran pada hari yang sama ataupun dalam tempoh tiga hari. Untuk penghantaran dalam tempoh tiga hari, beliau mengenakan kadar rata S$5 bagi setiap perjalanan.

Untuk penghantaran pada hari yang sama, bayaran berdasarkan jarak dikenakan. Buat  penghantaran kurang daripada 8km, S$6. Antara 8km dan 10km, ia berharga S$8 dan penghantaran yang menjangkau lebih daripada 18km, Zahid mengenakan bayaran S$10.

Zahid menjelaskan harga yang dikenakan untuk khidmatnya selepas mengira kosnya sendiri dan melihat keperluan perniagaan berasaskan rumah yang beliau bekerjasama dengan.

Beliau mampu mengenakan bayaran kurang kerana berbanding perkhidmatan penghantaran lain yang perlu membayar harga minyak kenderaan mereka, kosnya cukup minimum.

“Bagi saya, saya hanya bergantung kepada bas dan kereta api. Jadi ia kurang kos untuk saya.”

Walaupun pengalaman mengambil pengangkutan awam telah banyak memperkasakan Zahid, beliau telah menghadapi bahagian cabaran yang adil sepanjang perjalanannya:

“Sentiasa ada halangan bagi kami orang kurang upaya, terutama mereka yang berada di kerusi roda.’’

Kadang-kadang, katanya, orang benar-benar mengabaikan kehadirannya.

“Kadang-kadang, saya katakan, ‘Maafkan saya, saya perlukan lif. Bolehkah anda sila memberi laluan kepada saya?’ Mereka hanya menaiki lif tanpa menghiraukan saya.”

Tetapi, ada juga di antara orang ramai, terutama sekali kanak-kanak yang memberi laluan kepadanya.

“Selalunya budak-budak yang suruh ibu bapa mereka menggunakan tangga dan memberi laluan kepada saya untuk menaiki lif.”

Namun begitu, Zahid tetap gigih dengan usahanya demi mencari sesuap rezeki yang halal.

“Memang letih tapi saya bersyukur kerana boleh melakukan sesuatu untuk diri saya sendiri.”

Luahan Wartawan: Aku kagum dengan ketabahan dan kegigihan Zahid.

Bukan senang nak buat delivery service dengan hanya menggunakan motorized wheelchair. Mana nak berdepan dengan manusia yang tidak bertimbang rasa lagi.

Support dia korang kalau memerlukan khidmat penghantaran barangan kecil. May Allah protect you and bestow upon you from His boundless blessings.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Chap Chai

Written by Chap Chai

Dulu Dikasihani, Kini Dikecam, Netizen Korek Cerita Sebenar Abang Burger Dikompaun

IG McSenget Tular, Muat Naikkan Burger Paling Tak Senonoh Yang Dibuat Di Singapura