in

Kumpulan Magnetik Menunjukkan Keupayaan Lekatkan Besi Setelah Kononnya Mendapatkan Vaksinasi

Sebuah saluran Telegram yang diberi nama SG The Magnetic Group telah dibuka bagi “mencatat dan menyelidik kesan magnetik berkaitan vaksin COVID-19 di Singapura”. 

Menerusi saluran itu, individu-individu yang mendakwa diri mereka telah divaksinasi mengirimkan gambar-gambar dan video-video mereka “menarik” objek-objek magnetik. 

Antara objek yang yang digunakan termasuk:

1. pembaris besi;

Source: Telegram, TheMagneticGroup

2. magnet;

Source: Telegram, TheMagneticGroup

3. dan garpu.

Source: Telegram, TheMagneticGroup

Malah, individu-individu yang belum divaksinasi turut mendakwa bahawa mereka mempunyai “kuasa magnetik” kerana duduk sebumbung bersama mereka yang telah menerima suntikan.

Contohnya, auntie ini mempunyai kuasa magnetik untuk menarik gunting dan kunci. 

Source: Telegram, TheMagneticGroup

Auntie ini pula mampu menarik sudu dan syiling. 

Source: Telegram, TheMagneticGroup

Sejak saluran ini dibuka pada pertengahan Julai, ia telah meraih lebih 4.2 ribu pengikut. 

Namun kelmarin (10 Oktober), pentadbir saluran tersebut terpaksa menyingkirkan “ramai” pengikut disebabkan “sikap tidak hormat mereka terhadap kemunculan sains dan bukti”. 

Source: Telegram, TheMagneticGroup

Walau bagaimanpun, menurut laporan Reuters, vaksin COVID-19 tidak mempunyai mikrocip, metal mahupun bahan-bahan yang boleh mengakibatkan magnetisme. 

Luahan Wartawan: Itu bukan kesan magnetik. Itu tandanya kulit kau berlengas, berminyak and it’s time untuk kau pergi mandi. Pebende lah kene inject terus jadi magnetik. Kalau nak prove pun, kasilah bukti kukuh. Ni kau letak dekat dahi, lurah, bahu, mestilah benda tu tak jatuh. Kalau magnet tu boleh lekat kat belakang kau sambil kau jalan, barulah nampak real. 

Tak payahlah nak beria sangat nak buat research lah haper. Just leave it to the scientists. Your job is to get vaccinated. Itu jer. 

Listen to Plan B’s Podcast this week!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Chap Chai

Written by Chap Chai

Popular Figure Of Female Empowerment Allegedly Used ‘F***face’ Towards Female Talent

Comedian Slammed By Netizens For ‘Throwing Out’ Son After He Missed E-Learning