in

Korea Selatan Menghasilkan Pembaca Berita A.I Yang Boleh Bekerja 24 Jam Sehari

Perkembangan teknologi di era digital semakin pesat saban hari. Apa yang digunakan pada beberapa tahun lepas mungkin akan menjadi lapuk pada bulan-bulan yang akan datang. Begitu juga dengan pekerjaan yang ada masa kini.

Baru-baru ini Korea Selatan menggunakan teknologi AI atau ‘Artificial Intelligence’ kepada salah seorang penyampai beritanya. AI ini berdasarkan raut rupa salah satu penyampai berita di saluran MBN, Kim Ju-Ha. AI ini, dinamakan AI Kim, hampir sama seperti Kim Ju-Ha, baik dari segi penampilannya hingga ke suaranya.

Sumber: says.com

AI Kim dilaporkan mengambil masa 10 jam untuk mempelajari perincian suara, ekspresi wajah dan juga cara Kim Ju-Ha menggerakkan tubuhnya untuk dapat tiru beliau dengan sempurna. Teknologi ini membolehkan penyampaian berita 24 jam untuk saluran itu, lagi-lagi pada masa kecemasan.

Sumber: Says.com

Setelah berita ini dikeluarkan, ramai netizen Korea Selatan meluahkan rasa kurang senang tentang teknologi ini. Ramai daripada mereka risau bahawa teknologi ini akan merampas perkerjaan daripada manusia dan akan dibuat oleh AI satu hari nanti kerana gelombang automasi ini.

Ramai juga meluahkan rasa bimbang mereka berkenaan dengan teknologi ini di lelaman Facebook.

Sumber: Facebook. Says.com

Luahan Wartawan: As technology grows, more and more jobs will become obsolete, especially as artificial intelligence and automation gets refined every single day. As harsh as it is, the onus is on us to keep on re-skilling and upgrading ourselves or risk being left behind.

As 2020 goes, I wouldn’t be surprised that by the end of this year, Artificial Intelligence becomes self-aware and SkyNet takes over everything.

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Chap Chai

Written by Chap Chai

Beli Khemah Untuk Dua Orang, Yang Datang Muat Kepala Jek

Jailed 2 Days for Leaving Bad Review on Thailand Hotel