in

Khairul Aming Luah Rasa Kecewa, Sambal Nyet Diciplak Oleh Pihak Yang Nak Keuntungan Pantas

“Hey what’s up guys?”

Sumber: redaksi.com

Itulah frasa rangkap yang sering digunakan oleh influencer sosial media yang terkenal dengan masakannya, Khairul Aming. Lagi-lagi pada bulan Ramadhan ini, video masakan beliau menjadi salah satu tempat rujukan utama untuk membuat juadah berbuka puasa.

Selain daripada resipi hidangan masakan yang mudah, produk Sambal nyet yang dijualnya juga mendapat sambutan yang amat hangat daripada peminatnya.

Sumber: Instagram, @khairulaming

Baru-baru ini, Khairul Aming meluahkan rasa kecewanya di lelaman Twitter apabila ada pihak yang tidak bertanggunjawab menghasilkan dan menjual sambal palsu menggunakan nama produknya.

Sumber: Twitter, @khairulaming

Beliau berkongsi tentang kes tersebut di mana seorang individu yang menjual Sambal Nyet miliknya itu mengaku dirinya sebagai reseller. Namun, ternyata sambal yang dijual adalah palsu dan sudah 700 botol terjual setakat ini.

Lebih merisaukan, Khairul Aming juga memaklumkan bahawa sambal yang dijual itu kerap mendapat kritikan dari pembeli kerana ia berbuih dan penghantarannya juga sangat teruk.

Sumber: Twitter, @khairulaming

Oleh sebab itu, beliau mengambil keputusan untuk membuat perbandingan dan menyiasat hal tersebut dengan meminta kawan beliau membeli sambal tersebut dari reseller itu.

Sumber: Twitter, @khairulaming

Apabila dibandingkan, terdapat banyak perbezaan dengan sambal milik Khairul Aming dan juga sambal tiruan tersebut. Antaranya adalah pelekat botol sambal itu sehinggalah poskad yang digunakan, semuanya mempunyai perbezaan dari segi font dan juga kualiti gambar.

Sumber: Twitter, @khairulaming

Bukan hanya itu, tekstur sambal juga langsung tidak sama dan agak memualkan. Baunya seperti minyak goreng ikan dan cili yang digunakan turut kelihatan berkeladak.

Sumber: Twitter, @khairulaming

Apa yang menyedihkan adalah maklum balas pembeli yang kecewa dengan sambal yang sudah dibeli dari reseller tersebut namun meminta dipulangkan kembali wang mereka daripada Khairul Aming.

Sumber: Twitter, @khairulaming

Apabila disiasat, mereka mengaku membeli sambal itu dari individu yang menggunakan nama alamat Masturaaliyah (Heaunty Legacy).

Oleh kerana beliau tidak mahu orang ramai ditipu dan juga mengambil kesempatan terhadap produk tersebut, Khairul Aming bertindak untuk membuat laporan polis bagi mengelakkan perkara ini terjadi lagi.

Sumber: Twitter, @khairulaming

Di akhir penulisannya, beliau memohon maaf kepada para pembeli kerana stok Sambal Nyet yang dipasarkan melalui Shopee kerap kehabisan stok walaupun sudah menaikkan kapasiti jualan dengan 4,000 botol setiap hari.

Sumber: Twitter, @khairulaming

Semoga kes penipuan ini dapat diselesaikan dengan cepat supaya orang tidak ditipu lagi dan Khairul Aming juga mendapat keadilan sepenuhnya.

Luahan Wartawan: Very smart of Khairul Aming to sell the product on his own instead of relying on resellers. Sekarang benda da jadi macam gini, senang jer nak trace balik and know that its not his product. Quality control at its best.

Harap-harap Khairul dapat keadilan sepenuhnya dan harap-harap juga orang yang beli dan makan sambal ciplak tu semua okay and had no side effects.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Bill Perubatan Lonjak Lebih $100,000, Keluarga Grabfood Rider Ini Pohon Derma Orang Ramai

Penciplak Sambal Nyet Tampil Minta Maaf, Khairul Aming Letakkan Beberapa Syarat