in

Kemahiran Paling Penting Dalam Dunia Kini? Belajar Cakap Depan Kamera – Khairul Aming

Influencer Malaysia yang dikenali ramai dengan video masakan beliau, @khairulaming, berkongsi di lelaman Twitternya akan kemahiran yang harus dimiliki ramai di zaman pandemik ini. Ia telah mendapat hampir 6,000 retweet dan lebih daripada 15,000 like.

Beliau telah ditanya oleh seorang pelajar ketika membuat sesi perkongsian di sekolah beberapa minggu lalu akan kemahiran penting yang diperlukan untuk hidup dalam dunia pandemik ini.

Beliau berkongsi akan kepentingan berbicara di hadapan dengan kamera sambil memberikan beberapa contoh pekerjaan yang memerlukan kemahiran ini, seperti guru yang mengajar menggunakan kamera web (webcam) ataupun pekerja yang mengadakan mesyuarat di zaman kini. Menurutnya juga, ramai lagi yang masih tidak mempunyai kemahiran ini.

Orang ramai harus mempelajari cara untuk menarik perhatian di mesyuarat atau perkumpulan online, agar tidak membosankan. Lebih-lebih lagi untuk temuduga kerja, dan sekolah.

Over It Comedy GIF by Superstore - Find & Share on GIPHY

Antara nasihat yang telah dikongsinya adalah untuk orang ramai menyertai perbincangan online, berlatih bercakap depan cermin, menonton rakaman YouTube agar lebih yakin dalam penyampaian.

Para netizen kebanyakannya bersetuju dengan pendapat @khairulaming yang telah memberikan inspirasi bagi mereka.

Luahan wartawan: Hey what’s up guys!

Memang setuju sangat! Ramai lagi yang masih gagap tak reti nak cakap depan webcam. Such useful tips that we can use for this pandemic. Thank you @khairulaming!

Listen to Plan B’s Podcast this week!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Hup Seng Cream Crackers Allegedly Contains Cancer Causing Contaminants

Netizen Berbelah Bagi, Trend Lelaki Memperagakan Beg Mewah Semakin Berleluasa