in

Keluarga Angkat Sedih Anak Didera Ibu Kandung Sampai Meninggal, Menyesal Serah Anak Kembali Ke Keluarga Asal

Ruangan media sosial digegarkan dengan berita kematian adik Zubaidi Amir Qusyairi Abdul Malik akibat didera.

Warganet turut menumpang simpati buat adik Amir dan keluarga angkatnya.

Seorang ibu yang benar, nalurinya lain walaupun bukan ibu kandung.

Menurut laporan mStar, Norlida, ibu angkat arwah amat kesal kerana telah menyerahkan Amir kepada ibu kandungnya pada bulan Oktober lalu. Beliau mengatakan hatinya amat luluh mengenangkan cara pemergian Amir yang dijumpai dalam tong air di luar rumahnya,Krubong Jaya, Alor Gajah, Melaka.

Norlida mengatakan lagi bahawa beliau amat merindui Amir dan amat terkilan apabila ibu kandungnya seolah-olah melarang beliau daripada berbual ataupun bertemu dengan anak angkatnya itu.

“Sejak serahkan Amir, sempat 2 kali sahaja bertemu. Kali terakhir jumpabapa tirinya membawa Amir adalah pada 7 November. Amir ceria dan gembira sangat. Dia cakap nak sekolah dekat dengan Umi, panggilannya untuk saya. Kini saya tak berpeluang lagi nak tengok dia, dengar suaranya.” kata Norlida dalam nada yang sebak.

Norlida akui kesal kerana telah melepaskan Amir pergi bersama ibu kandungnya ketika wanita itu meluahkan hasrat ingin mengambil anaknya kembali.

Saya menyesal… sepatutnya saya pertahankan Adik tetapi kerana faham keadaan ibunya yang mungkin menanggung rindu, jadi saya rela dan biarkan dia kembali ke pangkuan mereka.”

Kakak angkat Amir, Nazihah turut meluahkan perasaan sedihnya terhadap pemergian adik kesayangannya yang mendadak.

Sumber: Facebook

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Assisten Komisioner Mohd Shukri Kaman mengatakan Amir telah didakwa lemas dalam tong air dirumahnya sekitar 4 petang namun siasatan lanjut mendapati kecederaan fizikal di badan mangsa menurut Laporan Berita Harian Malaysia.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa adalah seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun dan pemeriksaan fizikal terhadapnya terdapat kesan lebam dan kecederaan di beberapa anggota badan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan bunuh,” katanya.

Keluarga angkat Amir ingin menuntut jenazahnya setelah selesai urusan bedah siasat.

Sumber: Facebook

Kita sama-sama doakan yang terbaik buat arwah Amir agar rohnya dicucuri rahmatNya dan keluarga angkatnya yang kini sedang berjuang untuk mempertahankan hak mereka.

Luahan Wartawan: Sebak hati aku baca keadaan Amir dijumpai. Dia baru 7 tahun wei, aku tak boleh bayangkan betapa sakitnya badan dia tanggung deraan sehingga lebam biru.

???

Lepas tu dalam tong air lagi. Kau ingat dia sampah ke boneka?

Kenapalah manusia kejam sangat? Sampai sanggup mendera dan membunuh kanak-kanak yang tak bersalah. Anak adalah amanah Allah wahai manusia, jangan kau memperlakukannya begitu kejam jika tak boleh menjaganya lagi.

Serahkan dia balik pada keluarga angkat dia kalau its too much for you. Dorang akan terima dia balik dengan rela hati.

But he’s in a better place now. I really hope justice will be served in Amir’s favor.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Syarikat Bas Go Ahead Meminta Maaf, Kapten Bas Yang Mengherdik Wanita Berniqab Sudah ‘Dinasihati’

157 Penduduk Kampung Masuk Islam, Ucap Dua Kalimah Syahadah Dihadapan Ustaz Ebit Lew